1 300 130 888 [email protected]

Home » Terms And Conditions – MDEC eBerkat Super Promo

Terma dan Syarat ‘eBerkat Super Promo’ HelloGold x MDEC

  • RINGKASAN PROMOSI

     

    1. Pelancaran ‘eBerkat Super Promo’ HelloGold x MDEC (“Promosi”) diatur dan ditaja oleh HelloGold Sdn. Bhd. (No. Syarikat 1170189-H) (“HelloGold”) untuk digunakan di pelbagai platform dan majlis sekali di bawah kempen eBerkat MDEC. Promosi ini adalah tertakluk di bawah terma dan syarat ini, termasuklah sebarang pindaan berikutnya (“Terma & Syarat”).
    2. Semua peserta yang menyertai Promosi akan dianggap telah bersetuju dengan Terma & Syarat ini.
  • KELAYAKAN
    1. Promosi ini terbuka kepada:
      1. rakyat dan penduduk tetap di Malaysia;
      2. mereka yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas;
      3. mereka yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah;
      4. mereka yang mempunyai akaun bank di Malaysia; dan
      5. mereka yang mempunyai akaun di MDEC eBerkat dan berjaya mengklik ikon HelloGold di laman web eBerkat (“Pelanggan”).
    1. Pelanggan yang berdaftar dengan akaun HelloGold Biasa atau HelloGold PRO sebelum tarikh Tempoh Promosi tetapi tidak pernah membuat sebarang pembelian emas juga layak menyertai Promosi ini, selagi mereka mendaftar dengan eBerkat menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama yang digunakan untuk mendaftar ke akaun HelloGold mereka.
    2. Kakitangan HelloGold tidak layak menyertai Promosi ini.
  • TEMPOH PROMOSI
    1. Tempoh Promosi adalah dari 16 November 2020 pada jam 8:00:00 pagi sehingga 14 Disember 2020 pada jam 11:59:59 malam (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi).
    2. HelloGold dan MDEC berhak untuk melanjutkan atau memendekkan Tempoh Promosi atas budi bicara mereka tanpa notis awal.
  • ATURAN PROMOSI
    1. Untuk melayakkan diri bagi Promosi ini, Pelanggan mestilah:
      1. Berjaya mendaftarkan diri sekurang-kurangnya bagi akaun HelloGold Biasa menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama yang digunakan untuk mendaftar untuk akaun eBerkat,
      2. Mengesahkan nombor telefon dan diluluskan sebagai pemegang akaun HelloGold Biasa,
      3. Menggunakan kod promosi ‘SUPERGOLD’ (“Kod”) dalam Tempoh Promosi, dan
      4. Berjaya membuat pembelian minimum bernilai RM10 emas atau lebih menerusi fungsi ‘Beli Emas’ dalam satu transaksi di aplikasi HelloGold sebelum 21 Disember 2020 pada jam 11:59:59 malam (“Tempoh Tangguh”).
    1. Promosi ini terhad kepada 1,000 Pelanggan pertama yang menggunakan Kod sahaja.
    2. Kesemua transaksi yang dibuat sebelum Tempoh Promosi dan selepas Tempoh Tangguh adalah tidak layak secara automatik.
    3. Setiap Pelanggan berhak menggunakan (1) Kod sahaja sebagai Pelanggan HelloGold selagi kod tersebut digunakan sebelum Pelanggan membuat pembelian emas pertama. Untuk mengelakkan kekeliruan, jika Pelanggan pernah menebus mana-mana kod promosi sebelum ini atau pernah membeli emas sebelum ini tanpa menggunakan kod promosi, Pelanggan tersebut adalah tidak layak untuk menggunakan Kod bagi menerima ganjaran yang ditawarkan. Ini termasuklah penggunaan Kod Rujukan.
    4. Pelanggan yang menggunakan Kod tetapi tidak menepati amaun pembelian minimum bernilai RM10 emas dalam satu transaksi akan dikira sebagai tidak layak daripada menyertai promosi ini.
    5. Pembelian yang dibuat menerusi pelan SmartSaver adalah tidak layak.
  • GANJARAN
    1. Pelanggan yang berjaya melengkapkan piawaian ‘Aturan Promosi’ di atas akan:
      1. Menerima RM2.00 emas (“Ganjaran Emas”) ke dalam akaun HelloGold mereka; dan
      2. Berpeluang menjadi salah seorang daripada 5 pemenang bertuah untuk memenangi 1 gram emas dalam acara Cabutan Bertuah (“Hadiah Emas”)
    1. Pelanggan berhak menerima maksimum SATU (1) Ganjaran Emas dan SATU (1) Hadiah Emas sahaja.
    2. Cabutan Bertuah akan diadakan pada 23 Disember 2020. Jika tarikh cabutan jatuh pada hari cuti umum, HelloGold berhak untuk meneruskan cabutan pada hari bekerja yang seterusnya selepas tarikh cuti umum tersebut.
    3. Pemenang cabutan bertuah akan dipilih secara rawak, sama ada dengan tangan atau cara lain (manual atau menggunakan komputer) di mana ia akan ditentukan secara mutlak dan mengikut budi bicara Syarikat. (“Pemenang”).
    4. Ganjaran Emas akan dikreditkan ke dalam akaun utama HelloGold milik Pelanggan dan akan dikira mengikut harga beli pada tarikh dan waktu di Kuala Lumpur ketika Kod digunakan.
    5. Hadiah Emas akan dikreditkan ke dalam akaun utama HelloGold milik Pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas cabutan dibuat dan akan dikira mengikut harga beli pada tarikh dan waktu di Kuala Lumpur ketika pemindahan dilakukan.
    6. Setelah Hadiah Emas dikreditkan ke dalam akaun pemenang, mereka akan menerima notifikasi menerusi e-mel. HelloGold tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan menerima notifikasi yang disebabkan oleh ralat sistem pihak ketiga dan / atau pengguna tidak melanggan untuk menerima e-mel dari HelloGold dan / atau menutup penerimaan notifikasi dari aplikasi.
    7. HelloGold tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan pemindahan atau ketiadaan sebarang pemindahan Ganjaran Emas kepada Pelanggan.
    8. HelloGold berhak untuk menggantikan Ganjaran ke dalam bentuk Ganjaran lain dengan nilai yang sama tanpa notis awal kepada Pelanggan, mengikut budi bicara mereka.
  • PENAFIAN DAN PAMPASAN
    1. Pelanggan memahami dan bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam Promosi ini adalah di atas risiko sendiri dan HelloGold tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak dari segi salah laku, kontrak, undang-undang atau sebaliknya untuk sebarang ganti rugi atau kos langsung, tidak langsung, sampingan atau berbangkit berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Promosi ini.
    2. HelloGold tidak mewakili atau memberikan jaminan berkaitan dengan:
      1. Operasi Promosi yang berterusan, tanpa gangguan dan bebas ralat;
      2. Ketepatan maklumat dan kenyataan di laman Promosi; laman Facebook dan iklan daripada rakan kongsi luaran yang diluluskan; dan
      3. Keselamatan dan kebebasan dari sebarang virus komputer atau kerosakan harta benda.
    3. Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, HelloGold menafikan semua liabiliti untuk sebarang tuntutan ganti rugi, kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul berkaitan penyertaan dalam Promosi.
    4. HelloGold berhak untuk meminda Terma & Syarat, aturan atau proses Promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal dan Pelanggan adalah tertakluk di bawah pindaan tersebut.
  • HAK HARTA INTELEK
    1. Promosi ini dan semua maklumat berkaitannya yang diterbitkan (termasuklah teks, grafik, simbol, ikon, perisian dan cap dagangan) adalah hak cipta terpelihara dan cap dagangan kekal menjadi hak milik tetap pihak HelloGold.
  • DATA PERIBADI
    1. HelloGold mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti untuk menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan pelanggan. Maklumat ini disimpan dengan rapi mengikut keperluan data oleh HelloGold dan digunakan untuk memenuhi permohonan pelanggan. Apabila pelanggan mengemukakan maklumat peribadi, HelloGold menganggap bahawa pelanggan telah memberikan kebenaran kepada HelloGold dan / atau ejennya yang sah untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi semasa dan masa depan serta untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya. Jika pelanggan memberitahu pihak HelloGold menerusi Talian Khidmat Pelanggan di [email protected] bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan untuk perhubungan lanjut, HelloGold akan menghormati permintaan tersebut. Maklumat pengguna tidak akan disediakan atau dikongsi dengan mana-mana syarikat atau rakan niaga untuk kegunaan mereka.
  • FORCE MAJUERE
    1. HelloGold tidak bertanggungjawab untuk sebarang gangguan Promosi yang disebabkan oleh bencana alam, tindakan Kerajaan, peperangan, rusuhan, serangan, perintah sekatan, aktiviti perindustrian, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang bentuk kejadian yang di luar kawalan HelloGold.
  • PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
    1. Terma & Syarat ini adalah tertakluk di bawah pentadbiran undang-undang kerajaan Malaysia.