1 300 130 888 [email protected]

Home » Privasi

NOTIS PRIVASI

Notis Perlindungan Data Peribadi dan Privasi (“Notis Privasi”)

HelloGold Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “HelloGold”, “Kami”) menghormati privasi pelanggannya berkenaan data peribadi.

Notis Privasi ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) bagi membolehkan anda untuk memahami yang berikut :-

  1. Apakah jenis Maklumat Peribadi* yang diperolehi oleh HelloGold dan cara-cara memperolehinya;
  2. Bagaimana HelloGold menggunakan Maklumat Peribadi anda;
  3. Pihak-pihak di mana HelloGold mendedahkan atau mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda;
  4. Pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh HelloGold, termasuk bagaimana untuk mengakses dan mengemaskini Maklumat Peribadi anda.

*Nota: “Maklumat Peribadi” dalam Notis Privasi ini merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi-transaksi anda dengan kami seperti yang dinyatakan dalam Klausa 1 di bawah. Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai sekiranya anda adalah seorang individu.

Notis Privasi ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai.

Tekan di sini untuk Notis Privasi dalam Bahasa Inggeris

  1. Jenis Maklumat Peribadi yang diperolehi oleh kami dan sumber maklumat

    Jenis Maklumat Peribadi yang diperolehi oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada data dan maklumat berkenaan anda seperti nama, alamat, alamat e-mel (atau sebarang maklumat perhubungan lain), umur, jantina, bangsa, nombor Kad Pengenalan, maklumat kewangan seperti baki bank anda, transaksi bank, aset, liabiliti dan pendapatan serta kemudahan kredit dan rekod dengan penyedia perkhidmatan kewangan lain. Maklumat tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasi identiti, latarbelakang, kedudukan kewangan dan taraf kredit anda serta kesesuaian anda dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh HelloGold dan rakan kongsi perniagaan kami, sekiranya terpakai.

    Kami mungkin memperolehi maklumat ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    1. Melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda di dalam borang permohonan, sewaktu menggunakan produk atau perkhidmatan kami, sewaktu mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan dan promosi, dan sewaktu semakan kewangan;
    2. Melalui komunikasi lisan, bertulis dan e-mel anda dengan kami dan/atau wakil yang sah kami;
    3. Daripada suatu analisis berkenaan penggunaan dan pengurusan anda terhadap akaun(-akaun)/kemudahan(-kemudahan) anda dengan kami, daripada transaksi-tansaksi yang anda lakukan dan daripada pembayaran-pembayaran yang dibuat kepada akaun(-akaun)/kemudahan(-kemudahan) anda;
    4. Daripada pihak-pihak ketiga seperti majikan-majikan, pemberi-pemberi maklumat rujukan kredit, agensi-agensi kerajaan/berkanun, dan/atau
    5. daripada sumber-sumber yang lain di mana anda telah memberikan kebenaran untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda dan/atau di mana yang tidak dinyatakan sebaliknya.
  2. Bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda
    HelloGold memperolehi, menggunakan, dan/atau memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang berikut:

    1. Untuk memproses permohonan bagi produk yang ditawarkan oleh HelloGold dan/atau rakan kongsi perniagaannya dan/atau perkhidmatan yang telah dilanggan oleh anda;
    2. Untuk memaklumkan kepada anda berkenaan perubahan/pembangunan penting kepada ciri-ciri produk/perkhidmatan tersebut;
    3. Untuk menilai/mengesahkan taraf kredit anda;
    4. d. Untuk berkomunikasi dengan anda termasuk membalas kepada pertanyaan dan/atau aduan anda dan menyelesaikan pertikaian;
    5. Bagi tujuan perikatan strategik, jualan silang, pemasaran, dan promosi; oleh unit/bahagian/entiti lain di dalam HelloGold, wakil-wakil kami dan pihak-pihak ketiga;
    6. Untuk mematuhi keperluan kawalan selia dan memberikan bantuan kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang;
    7. Untuk menyelidik dan membangunkan produk/perkhidmatan;
    8. Untuk mentadbir dan/atau menguruskan produk dan perkhidmatan kepada anda termasuk mengutip hutang dan menguatkuasakan hak dan tanggungjawab kami;
    9. Untuk meningkatkan dan membangunkan perkhidmatan dan jaminan kualiti kami kepada anda;
    10. Untuk mengelakkan, mengesan dan mendakwa kes-kes penipuan/jenayah dan mematuhi tanggunggjawab perundangan dan kawalan selia;
    11. Bagi tujuan undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada mendapatkan nasihat perundangan dan penyelesaian pertikaian);
    12. Untuk mengekalkan sejarah kredit anda bagi rujukan semasa dan akan datang (sekiranya perlu), dan
    13. Untuk melindungi kepentingan HelloGold dan tujuan berkaitan yang lain.
  3. Pendedahan Maklumat Peribadi anda
    Sekalipun HelloGold mengambil Maklumat Peribadi anda sebagai peribadi dan sulit, Maklumat Peribadi tersebut mungkin didedahkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada yang berikut :-

    1. Entiti-entiti dan unit-unit perniagaan di dalam Kumpulan HelloGold di dalam dan luar Malaysia, bagi tujuan memberikan pelanggan tawaran pemasaran dan promosi terkini yang mungkin diminati oleh pelanggan;
    2. Pemegang-pemegang lesen, rakan-rakan kongsi perniagaan dan pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga;
    3. Penasihat-penasihat profesional termasuk perunding, peguam, akauntan, juruaudit, pegawai bank, agensi penarafan, pemegang amanah, pegawai insurans, pelelong dan broker atas dasar perlu tahu bagi tujuan memberikan perkhidmatan/nasihat mereka kepada kami;
    4. Biro kredit, CTOS, agensi-agensi kutipan hutang dan/atau pihak-pihak lain yang membantu bagi fungsi kutipan hutang;
    5. Wakil atau kontraktor yang bertindak bagi pihak atau dilantik oleh kami untuk bertindak bagi pihak kami;
    6. Kawalan selia, badan-badan kerajaan atau pihak-pihak berkuasa lain sekiranya diperlukan atau diberi kuasa untuk melakukannya bagi melaksanakan sebarang fungsi kawalan selia di bawah sebarang undang-undang atau berkenaan sebarang perintah atau penghakiman mahkamah;
    7. Sebarang institusi/pihak berkaitan untuk membantu permintaan/urusniaga anda berkenaan kemudahan kredit, akaun, produk, dan/atau perkhidmatan yang diperolehi daripada HelloGold;
    8. Sebarang pihak yang diberi kuasa oleh anda;
    9. Sebarang pihak atau perbadanan di mana HelloGold mungkin memindahkan atau mencadang untuk memindahkan sebarang bahagian daripada kepentingan, tanggungjawab, perniagaan dan/atau operasinya;
    10. Tertakluk pada setiap masa kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau tanggungjawab) terpakai kepada HelloGold dan selanjutnya tertakluk kepada hak anda seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
  4. Langkah-langkah keselamatan yang digunapakai untuk melindungi Maklumat Peribadi
    Keselamatan Maklumat Peribadi anda adalah keutamaan kami. HelloGold menyimpan, melindungi dan memproses Maklumat Peribadi anda secara selamat dengan mengambil langkah-langkah munasabah dalam mengekalkan kawalan keselamatan fizikal, elektronik dan prosedur, dalam mematuhi peraturan-peraturan terpakai.

    Kami memastikan bahawa akses pekerja-pekerja HelloGold kepada Maklumat Peribadi yang telah anda berikan kepada kami adalah terhad kepada pekerja-pekerja yang diberi kuasa dan terlatih untuk menguruskan maklumat anda. Kakitangan yang diberi kuasa ini perlu memastikan kesulitan maklumat anda dan untuk menghormati privasi anda pada setiap masa.

  5. Penyimpanan Maklumat Peribadi anda
    HelloGold akan menyimpan Maklumat Peribadi anda bagi mematuhi Notis Privasi ini dan/atau terma-terma dan syarat-syarat perjanjian(-perjanjian) anda dengan HelloGold bagi tempoh hubungan anda dengan kami, bagi tempoh yang diperlukan untuk melindungi kepentingan HelloGold dan/atau pelanggannya seperti yang difikirkan perlu, di mana sebaliknya diperlukan oleh undang-undang dan di mana diperlukan berdasarkan polisi-polisi berkaitan HelloGold.
  6. Pilihan anda untuk memberikan Maklumat Peribadi
    Dalam membolehkan kami untuk memproses permohonan anda bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh HelloGold dan untuk mematuhi undang-undang berkaitan dan peraturan-peraturan yang terpakai kepada HelloGold, HelloGold memerlukan anda untuk memberikan Maklumat Peribadi seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan atau permintaan perkhidmatan. Dengan memilih untuk menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda memilih untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada Kami. Sekiranya anda menolak untuk memberikan Maklumat Peribadi tersebut, kami tidak dapat untuk berkomunikasi dengan anda, memproses permohonan/permintaan anda atau memberikan anda produk atau perkhidmatan kami.
  7. Hak anda berkaitan Maklumat Peribadi anda
    Memastikan data dan maklumat anda adalah tepat dan terkini adalah amat penting bagi kami. Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Maklumat Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa Maklumat Peribadi tersebut adalah yang terkini.

    Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada Maklumat Peribadi anda dan untuk memohon bagi membuat pindaan, pembetulan dan pemadaman (sekiranya anda berada di dalam Kesatuan Eropah) bagi Maklumat Peribadi anda dengan menghubungi kami melalui saluran-saluran yang dinyatakan di bawah dalam Klausa 13 Notis Privasi ini, sekiranya anda mempunyai sebab(-sebab) untuk mempercayai bahawa rekod anda bersama kami adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini.

    Kami akan menggunakan usaha-usaha munasabah untuk memenuhi permohonan anda untuk mengakses atau membetulkan Maklumat Peribadi anda tertakluk kepada pengesahan dan komunikasi selanjutnya dengan anda. Sila ambil maklum bahawa HelloGold mungkin perlu menahan akses anda kepada Maklumat Peribadi anda dalam beberapa keadaan, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang dipohon adalah bersifat komersil sulit atau sekiranya kami mendapat permohonan berulang bagi maklumat yang sama. Namun begitu, kami akan memaklumkan anda berkenaan alasan-alasan bagi tidak dapat memenuhi permohonan anda.

    Sila ambil maklum juga bahawa HelloGold boleh menggunakan budibicaranya dalam membenarkan pembetulan yang dipohon dan/atau mungkin memerlukan keterangan dokumen lanjut berkenaan maklumat baru tersebut bagi mengelakkan penipuan dan maklumat yang tidak tepat.

  8. Pilihan berkenaan pengunaan Maklumat Peribadi anda
    Tertakluk kepada Klausa 6 di atas dan hak-hak dan tanggungjawab kontrak HelloGold di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan, anda boleh menggunakan pilihan anda berkenaan pendedahan, penyimpanan, pemadaman (sekiranya anda berada di dalam Kesatuan Eropah) dan penggunaan Maklumat Peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami melalui sebarang saluran yang dinyatakan di bawah dalam Klausa 13 Notis Privasi ini.
  9. Persetujuan
    Dengan bersetuju dengan Notis Privasi ini, anda memberikan kami kebenaran untuk memproses Maklumat Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang telah dikenalpasti.
  10. Pemindahan Maklumat Peribadi
    Kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi anda merentasi sempadan negara ke negara-negara lain dalam mematuhi undang-undang terpakai. Jika anda adalah dari Kesatuan Eropah atau rantau-rantau lain mempunyai undang-undang berkaitan pengawalan pemerolehan dan penggunaan Maklumat Peribadi, anda dengan ini bersetuju untuk memindahkan Maklumat Peribadi anda keluar daripada Kesatuan Eropah (atau dari negara anda, sekiranya terpakai), termasuk ke Amerika Syarikat. Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda, anda bersetuju kepada sebarang pemindahan dan pemprosesan mengikut Notis Privasi ini.
  11. Pemasaran
    E-mel dan komunikasi pemasaran yang kami hantar kepada anda mungkin adalah berdasarkan interaksi anda dengan laman web kami, produk dan perkhidmatan kami. Jika anda tidak ingin kami memperolehi Maklumat Peribadi daripada e-mel tersebut atau komunikasi lain, atau anda tidak ingin menerima e-mel pemasaran dari kami lagi, anda boleh berhenti melanggan dengan menekan pautan berhenti melanggan pada bila-bila masa di dalam setiap e-mel atau dengan e-mel kepada kami di [email protected]. Komunikasi Pemasaran akan diberhentikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh makluman anda kepada kami.
  12. Semakan kepada Notis Privasi
    HelloGold menyimpan haknya untuk meminda, mengubah atau mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang versi yang dikemaskini bagi Notis Privasi ini boleh didapati di www.hellogold.com dan aplikasi mudah alih kami dan anda boleh melawati laman web ini untuk mendapatkan Notis Privasi terkini secara berkala. Dengan meneruskan komunikasi dengan HelloGold dan/atau dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan HelloGold setelah sebarang pindaan, perubahan atau pengemaskinian kepada Notis Privasi ini akan menunjukkan penerimaan anda kepada pindaan, perubahan atau pengemaskinian tersebut.
  13. Menghubungi HelloGold berkenaan Maklumat Peribadi anda dan Notis Privasi ini
    Sekiranya anda ingin memohon akses kepada Maklumat Peribadi anda, memohon bagi membuat pindaan, pembetulan dan pemadaman (sekiranya anda berada di dalam Kesatuan Eropah) kepada Maklumat Peribadi tersebut atau memberikan maklumbalas kepada HelloGold berkenaan Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi Pegawai Data Privasi kami seperti berikut:-

    Emel: [email protected]
    Nombor Telefon: 1300 130 888 (apabila membuat panggilan dari Malaysia) atau +603 7661 6228 (apabila membuat panggilan dari luar negara)