1 300 130 888 hello@hellogold.com

Halaman Utama » Mengapa harga emas dikenakan premium pasaran?

Sebahagian besar pembekal-pembekal emas kini mengalami kekurangan bekalan emas yang serius. Kesannya, mereka mengenakan premium pasaran ke atas harga emas mereka.

 

Mengapa harga emas turun dan naik?

 

Sebelum kami menjelaskan mengapa adanya premium pasaran terhadap emas, kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana pasaran emas beroperasi.

 

Pasaran Emas Spot Global

 

Sama seperti komoditi lain, harga emas pasaran ditentukan oleh bekalan dan permintaan bagi kedua-dua emas fizikal dan emas yang tidak fizikal (cth: penyelesaian tunai, derivatif, pelaburan masa depan).

Harga emas spot sentiasa berubah, bergantung kepada bekalan dan permintaan setiap pasaran (London, Shanghai, New York, dsb). Biasanya, HelloGold menetapkan harganya mengikut pasaran spot emas.

Bekalan emas biasanya melibatkan:

  • Pemilik emas
  • ETF (GLD)
  • Bank-bank berpusat (BNM)
  • Syarikat insurans
  • Pelabur persendirian (seperti mereka yang berkemampuan tinggi, dan juga pelanggan HelloGold)
  • Kilang penapis dan pelebur sekerap

 

Premium biasa

Harga emas spot pasaran global digunakan sebagai harga dasar bagi kontrak seperti kontrak emas masa depan dan kontrak emas pilihan, di mana penghantaran fizikal bukanlah tujuan utama.

Apabila menyentuh tentang pembelian sebenar dan penghantaran bar emas fizikal, premium ditambah ke atas harga emas spot pasaran global itu. Ini adalah kerana penghasilan bar atau syiling emas melibatkan kos yang merangkumi: pengangkutan, insurans, dan pengurusan. Tambahan lagi, terdapat margin untung bagi setiap syarikat yang menguruskan setiap proses ini; bermula dari kilang penapisan yang membuat emas sehinggalah ke pembekal kami.

Kos atau premium seperti ini boleh digelar sebagai ‘Premium Biasa’, di mana ia selalunya stabil untuk jangka masa yang lama.

Dalam erti kata lain, harga emas spot pasaran global yang dipamerkan dalam talian bukanlah jumlah harga jualan emas sebenar apabila pembeli membeli emas fizikal. Secara ringkasnya:

Harga emas spot pasaran global + Premium Biasa = harga jualan emas.

 

Faktor yang mempengaruhi Premium Biasa

Terdapat faktor-faktor lain berkaitan emas fizikal yang boleh mengubah Premium Biasa seperti:

  • Kualiti atau ketulenan dan berat emas yang ditawarkan
  • Jumlah emas yang ditawarkan atau diminta

 

Premium Pasaran

Terdapat juga faktor-faktor lain yang turut boleh mempengaruhi harga yang ditawarkan bagi emas fizikal yang menyebabkan premium atau diskaun kepada pasaran spot global.

Ini boleh digelar sebagai ‘Premium Pasaran’.

 

Faktor yang mempengaruhi Premium Pasaran

Premium Pasaran adalah tidak stabil dan sukar dijangka, tidak seperti Premium Biasa. Ia juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti:

  • Situasi bekalan dan permintaan pasaran semasa
  • Keadaan ekonomi global dan tempatan

 

Premium Pasaran disebabkan oleh permintaan tinggi

Pada ketika ini, sedang berlakunya kekurangan bekalan emas fizikal dalam pasaran semasa. Ini adalah berikutan permintaan tinggi, yang disebabkan oleh pembeli, terutamanya pelabur berprofil tinggi, yang memilih untuk membeli lebih banyak emas sebagai aset pelindung dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

 

Bekalan terhad

 

  • Sekatan penerbangan

    Situasi kekurangan emas ini juga diakibatkan oleh sekatan penerbangan. Contohnya, bekalan emas di Tokyo mungkin mencukupi namun kerana tiada penerbangan yang boleh dibuat, stok emas tidak dapat diterbangkan kepada pembekal, menyebabkan penghantaran tertangguh.

 

  • Penutupan operasi

Sesetengah kilang penapis utama tidak dapat meneruskan operasi dengan kapasiti penuh kerana perintah berkurung seluruh negara. Jadi, kilang-kilang penapis hanya dapat menghasilkan bekalan emas yang terhad untuk diedarkan.

  • Pemilik emas mengumpul dan menyimpan emas

Pemegang emas yang mungkin kebiasaannya menjual semula emas mereka di pasaran (seperti pedagang) kini menyimpan emas mereka sebagai aset pelindung.

 

Kewangan untuk semua adalah keutamaan kami

Berikutan pasaran semasa yang tidak menentu, terutamanya yang melibatkan pasaran emas, pembekal emas dan pengedar tidak mempunyai pilihan dan perlu meletakkan premium pasaran ke atas emas.

Dalam HelloGold berusaha untuk menjadikan simpanan emas anda berpatutan dan boleh dimiliki oleh semua, penyelarasan harga untuk menyamai premium yang ditetapkan oleh pembekal kami perlu dilakukan selagi situasi ini masih berterusan.

Akhir kata, kami amat menghargai usaha anda untuk meneruskan simpanan emas bersama HelloGold dan kami harap aplikasi ini akan terus menjadi platform simpanan emas pilihan anda.

Previous Post
Next Post