1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Baharu di SmartSaver: Capai LEBIH banyak matlamat!

Ramai yang inginkan cara untuk capai lebih banyak matlamat SmartSaver dalam satu masa, jadi… inilah masanya!

 

Apa yang baharu?

Sebelum ini, anda hanya boleh membuka simpanan untuk satu matlamat SmartSaver sahaja. Kami sedar yang ia sebenarnya mengehadkan strategi anda untuk membuat lebih banyak simpanan.

 

Dengan versi terbaharu HelloGold SmartSaver, kini anda boleh membuat simpanan pelbagai hanya dengan menambah matlamat SmartSaver anda!

 

Simpanan untuk yang tersayang

Kami telah menambah pilihan baharu untuk anda membuat simpanan buat diri sendiri dan yang tersayang.

 

Simpanan untuk anak anda

Pernah terfikir untuk menghadiahkan simpanan emas untuk anak anda apabila mereka mencapai umur 18 tahun? Anda kini boleh dengan memulakan matlamat ‘Si Kecil’.

 

Simpanan untuk ibu bapa

Inginkan simpanan untuk menghadapi waktu-waktu yang tak diduga? Ibu bapa anda pasti menghargainya! Hanya tambahkan matlamat ‘Ibu Bapa’ ke dalam SmartSaver anda.

 

Cara yang lebih pintar untuk pantau matlamat simpanan anda

Semestinya sukar jika matlamat-matlamat simpanan anda diletakkan dalam satu akaun simpanan yang sama. 

Dengan pengagihan matlamat SmartSaver ini, ia memudahkan anda untuk memantau progres, dan membuat simpanan yang lebih efektif untuk setiap matlamat yang ingin dicapai.

 

Cara untuk tambahkan matlamat baharu

Sebaik sahaja anda melanggan matlamat SmartSaver yang pertama, anda hanya perlu tekan butang ‘Tambah Matlamat’ untuk membuat simpanan bagi matlamat SmartSaver yang baharu.

 

 

Lebih banyak pilihan, lebih banyak matlamat (Akan datang)

Yang lagi hebat, pasukan kami sedang mengusahakan lebih BANYAK lagi pilihan lain untuk matlamat SmartSaver!

 

Tunggu ya!

 

Kemas kini aplikasi HelloGold anda SEKARANG untuk mendapatkan pengalaman baharu ini!

 

Previous Post
Next Post