1 300 130 888 hello@hellogold.com

Halaman Utama » Ulasan Emas Untuk Tahun 2021 dari Robin Lee

2021 bakal berakhir. Waktu sebegini selalunya saya akan terfikir akan 12 bulan yang berlalu pergi dengan pantas dan masa yang hilang. Namun, pandemik/endemik yang kita masih lalui menjadikan waktu terasa sangat panjang.

Perkara ini lebih kurang sama dengan situasi pelaburan di Malaysia. Tahun ini bermula dengan jangkaan tinggi terhadap emas. Emas berakhir pada 2020 sekitar RM7,600 – peningkatan tahunan yang mengejutkan sebanyak 23%. Pelindung nilai yang kukuh terhadap Ringgit telah menjadi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat dan KLCI yang berakhir sebanyak RM1,602. Ramai yang menjangkakan emas akan naik pada tahun 2021 dan cemerlang pada tahun ini. Namun, ramai pelabur yang kecewa kerana setakat 13 Disember, emas telah jatuh sedikit sebanyak 1% menjadi RM7,518.

Patutkah kita kecewa? Secara amnya, prestasi emas adalah seperti apa yang dijangkakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia – sebagai pelindung nilai terhadap pelaburan dan wang tunai kita di bank. Sepanjang 12 bulan yang lalu, Ringgit telah melemah hampir 5% dan KLCI telah jatuh lebih daripada 6%. Dalam konteks ini, bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai keupayaan untuk melabur di luar Malaysia, emas memainkan peranan seperti yang diharapkan – insurans semula jadi terhadap ekonomi Malaysia yang lemah.

Prestasi tahun 2021

Sumber: World Gold Council, investing.com dan goldprice.org

Emas mengalami suku pertama yang teruk dengan ramai penganalisis menuding jari mereka pada sentimen pelabur yang semakin yakin dengan jangkaan ekonomi global pulih daripada kesan COVID-19. Tetapi emas membuat kemunculan semula pada suku kedua kerana jelas pemulihan ekonomi daripada wabak ini adalah sukar. Suku kedua tahun pula tersepit di antara pasaran yang mempunyai keyakinan tinggi bahawa ekonomi global akan pulih dan tanda-tanda tekanan inflasi yang berterusan. Secara peribadi saya percaya bahawa tekanan inflasi bukanlah sementara tetapi akan bersama kita untuk jangka panjang. Di sebalik pandangan ini, tidak mengejutkan saya bahawa emas tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik kerana pasaran akan terus memanfaatkan strategi pelonggaran kuantitatif penggubal dasar selagi mereka mampu melakukannya.

Prestasi emas tahun 2021

Sumber: World Gold Council, investing.com dan goldprice.org

Kesimpulannya, prestasi emas untuk tahun 2021 adalah tidak sehebat yang kita jangkakan ketika awal tahun. Hal ini kerana ramai yang menjangkakan situasi yang sama untuk emas ketika tahun 2020. Namun begitu, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada KLCI. Dan pelabur pastinya akan meminimumkan kerugian dalam nilai RM jika mereka menyimpan wang simpanan mereka dalam emas dan bukannya deposit tetap local mereka. Bagi saya, tahun 2021 membuktikan faktor di antara nilai pegangan emas dan meletakkan wang anda terlalu banyak di dalam akaun simpanan atau KLCI.

Mungkin 2022 akan menyaksikan prestasi emas seperti mana yang kita jangkakan untuk tahun 2021. Hanya masa yang akan menentukannya. Sudah tentu, saya mempunyai pandangan saya sendiri yang saya harap dapat dibentangkan dalam catatan seterusnya pada bulan Januari.

Previous Post
Next Post