1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Ulasan Emas Untuk Pertengahan Tahun 2022

Ada seseorang yang bertanyakan kepada saya ketika hari raya tentang reaksi saya terhadap prestasi emas yang kurang memuaskan, kesan daripada pergolakan yang sedang berlaku di seluruh dunia – perang Ukraine; inflasi di dalam banyak pasaran; lambakan komiditi.

Saya tertanya-tanya adakah soalan ini tercetus disebabkan sifat tamak? Jika anda melihat prestasi emas berbanding KLCI Malaysia, S&P500 dan bitcoin, prestasi emas adalah seperti yang dijangkakan. Walaupun prestasi KLCI agak mendatar – prestasi S&P500 dan bitcoin dilihat menurun sehingga Mei 2022. Disebaliknya, emas dilihat meningkat dengan ketara.

Prestasi Setakat Ini Untuk Tahun 2022

Sumber: Investing.com

Adakah kita dapat melihat perubahan sejak awal tahun ini? Bersyukurlah pandemik telah berlalu dan kita dapat menarik nafas lega di fasa endemik.

Namun begitu, perang masih berlarutan di Ukraine dan ketegangan di antara AS dan China masih berlaku. Boleh dikatakan faktor paling utama dalam sentimen pelaburan ketika ini adalah langkah bank pusat untuk memerangi inflasi.

Persoalan yang timbul sekarang adalah adakah mereka – terutamanya AS – dapat berdepan dengan inflasi tanpa merosakkan pertumbuhan ekonomi. Kebarangkalian yang terhasil dapat dilihat di dalam jadual di bawah.

Sebelum pandemik, dunia menikmati keadaan ekonomi yang kondusif di mana pertumbuhan ekonomi adalah teguh dan inflasi kekal pada kadar terendah dalam sejarah – tempoh pengembangan deflasi dengan kadar faedah rendah.

Apabila bank pusat memerangi inflasi, mereka biasanya menggunakan kenaikan kadar faedah sebagai senjata pilihan mereka. Kesan langsung daripada kenaikan kadar faedah bagi kebanyakan daripada kita adalah kadar pinjaman yang akan meningkat.

Selagi ekonomi terus berkembang walaupun dengan risiko inflasi, kita harus berhadapan dengan kos barangan dan perkhidmatan serta kos pinjaman yang meningkat seperti pinjaman perumahan, pembiayaan kenderaan dan kad kredit kita.

Walau bagaimanapun, jika pertumbuhan ekonomi terjejas dalam usaha menentang inflasi, kita akan menghadapi risiko stagflasi. Kesan ini sangat menakutkan kerana stagflasi bukan sahaja boleh membawa kepada peningkatan pengangguran dan kejatuhan pendapatan disebabkan nilai gaji terkesan dengan kenaikan harga tetapi juga kerana ia sukar bagi penggubal dasar.

Bank pusat boleh meningkatkan kadar faedah untuk mengurangkan inflasi atau mengurangkan kadar faedah untuk mengurangkan pengangguran. Tetapi, mereka biasanya tidak dapat menangani kedua-dua inflasi dan pengangguran pada masa yang sama.

Pada akhirnya, jika inflasi akhirnya dapat dikawal tetapi ekonomi meleset, maka emas berkemungkinan akan terus berkembang dengan baik. Tetapi jika bank pusat berjaya mengawal inflasi tanpa merosakkan ekonomi, maka kita akan kembali kepada keadaan ketika pra-pandemik dan harga emas berkemungkinan akan jatuh sejajar dengan inflasi.

Kuadran inflasi

Jadi mengapa anda perlu memegang emas? Melihat dari 3 daripada 4 kemungkinan di atas, saya merasakan bahawa emas akan menjadi tambahan positif kepada portfolio pelaburan anda. Sebab? Kerana, seperti yang saya nyatakan di dalam tulisan sebelum ini, emas biasanya berkembang seiring dengan inflasi. Jadi simpanan anda akan mengekalkan nilainya.

Emas boleh menjadi polisi insurans untuk portfolio pelaburan anda. Prestasi tahun ini adalah contoh yang baik tentang peranan yang boleh dimainkan oleh emas sebagai sebahagian daripada simpanan anda.

Previous Post
Next Post