1 300 130 888 [email protected]
TENTANG KAMI

Kami percaya sesiapa sahaja patut mampu untuk menyimpan

Cerita kami


Kami sedar betapa pentingnya simpanan untuk masa depan. Itulah yang membuatkan pengasas kami, Robin Lee dan Ridwan Abdullah bertekad untuk menyediakan cara baru supaya anda dapat menyimpan dalam produk yang mengukuhkan kewangan anda.

HelloGold ditubuhkan pada 2015 sebagai sebuah aplikasi mudah alih patuh Syariah pertama di dunia yang mengubah cara anda membeli, menyimpan, menjual dan menebus emas fizikal. Dengan lebih 100,000 pengguna, kami komited untuk membantu lebih ramai orang memiliki pelindungan kewangan yang berpanjangan.

Dari Malaysia ke seluruh dunia


Dengan kerjasama bersama syarikat di Malaysia dan Thailand, kami telah mencipta sebuah perkhidmatan yang diyakini.

Mari Mula

Memperkenalkan


Robin Lee

CEO & Pengasas


Robin adalah mantan CFO di World Gold Council, dan pernah bekerja sebagai Akauntan Berkanun di ICAEW. Dia telah menamatkan pelajaran peringkat Sarjana dengan Kepujian dari Oxford University, UK.

Ridwan Abdullah

Ketua Strategi & Pengasas


Ridwan adalah mantan ketua Projek Khas di AEON Credit Service (M) Berhad. Dia adalah pemegang MBA Global dari Columbia Business School (AS), London Business School (UK) dan University of Hong Kong (CHN) dan BSc dari Business School of Lausanne, Switzerland.

Ita Jalaluddin

Ketua Serantau (Malaysia)


Ita berpengalaman dalam mengetuai pasukan produk dan pemasaran agensi kreatif dan startup. Dia memegang Sarjana dalam Reka Bentuk Sejarah dari Royal College of Art, UK, dan BA dalam Perhubungan Antarabangsa dari Boston University.

Siripat Patrangul

Ketua Serantau (Thailand)


Siripat memiliki 25 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan, penjenamaan, komunikasi pasaran secara menyeluruh, perancangan strategik dan jualan. Sebelum ini, dia pernah memegang jawatan tinggi di Alpha Payments Cloud, BlueStacks, iPay dan Blackberry.

Andras Kristof

Ketua Teknologi


Andras merupakan seorang pakar dalam bidang teknologi mata wang digital, berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman dalam membina sistem berskala yang canggih. Beliau pernah menjadi CEO dan Pengasas Bersama Tembusu Systems, mantan CTO Yojee dan memiliki Sarjana dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Maharishi dalam bidang Pengurusan.

Yassir Yahya

Ketua Produk


Yassir berpengalaman membina produk pelbagai saluran untuk pengguna dengan pengalaman bekerja di startup dan juga sebagai perunding di syarikat korporat. Dengan latar belakang yang kuat dalam UX Architecture, Front-End dan Pembangunan Web, beliau terlibat dalam projek-projek utama dengan Fresh & Easy, Petronas dan 11street.

Dave Appleton

Ketua Blockchain


Dave adalah pakar dalam teknologi blockchain khususnya dalam kontrak pintar ethereum, hujah data dan analitik blockchain. Beliau memiliki MSc dalam Pengurusan Teknologi dari Universiti Nasional Singapura, dan BSc dalam Kejuruteraan Elektronik dari University of London, UK.

Tawana Muchatuta

Ketua Operasi


Tawana adalah Jurutera Berkanun dengan pengalaman dalam projek modal, proses penambahbaikan dan pengurusan operasi di Schweppes Holdings Africa and British Sugar. Dia memegang BEng (Hons) dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Loughborough University dan kini sedang mendapatkann MSc dalam bidang Sistem Teknologi Boleh Dibaharui.

Nawal Ismail

Ketua Undang-undang


Nawal adalah bekas Ketua Pegawai Undang-undang di sebuah startup telekomunikasi di Myanmar, dan seorang bekas peguam di Qantas Group. Dia merupakan bekas pelajar LLB di University of Melbourne, Australia, dan mendapat BSc di University of California Berkeley, di Amerika Syarikat.

Evelyn Chew

Ketua Kewangan


Evelyn adalah bekas penganalisis kewangan serantau di Halliburton, serta penganalisis perakaunan di IBM dan Kimberly-Clark. Beliau memegang BBus dalam Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Teknologi Sydney, Australia.

Bina karier bersama kami!


Di HelloGold, kami sentiasa mengalu-alukan individu yang komited dan bermatlamat, seiring dengan aspirasi dan semangat kami untuk membina dan memasarkan produk kewangan yang istimewa. Anda orangnya? Hantarkan resume, dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.