Masa depan pemilikan
emas fizikal
Penyimpanan harta yang hebat
Nilai emas kekal stabil untuk jangka panjang, menjadikan ia penyimpanan harta yang hebat (untuk melindungi harta anda). Sejarah membuktikan emas menandingi kebanyakan matawang dunia dan nilainya berkembang ketika waktu getir dan kemerosotan ekonomi.
Simpanan dalam bentuk emas adalah cara yang stabil untuk melindungi kewangan dan mengukuhkan masa depan anda.
Carta harga emas
Pantau prestasi harga emas sejak 20 tahun yang lepas. Harga emas semasa juga tersedia di aplikasi kami.

- Rendah:
- Tinggi:

Emas yang kami tawarkan
Emas fizikal gred pelaburan
Emas yang dibeli dari kami adalah 99.99% gred pelaburan, iaitu tahap ketulenan emas tertinggi.
Emas keluaran PAMP
Emas kami dikeluarkan oleh Produits Artistiques Métaux Précieux, satu di antara 3 pengeluar emas di seluruh dunia yang disenaraikan oleh LBMA sebagai ‘Approved Good Delivery Referees’.
Diakui oleh LBMA
London Bullion Market Association (LBMA) adalah lembaga logam berharga antarabangsa. Mereka menggubal undang-undang untuk pengeluar emas bagi memastikan emas itu menepati piawaian untuk didagangkan di pasaran emas terbesar dunia.
Emas anda diperuntukkan 100%
Emas tidak diperuntukkan
- Emas yang dilaburkan adalah milik pembekal emas anda
- Emas anda mungkin dipinjamkan tanpa pengetahuan atau kebenaran anda.
- Emas anda mungkin hilang jika pembekal emas tidak lagi beroperasi.
Emas diperuntukkan
- Anda adalah pemilik sah kepada emas yang dibeli
- Emas anda tidak boleh digunakan atau dikeluarkan dari bilik kebal tanpa pengetahuan anda
- Emas anda kekal menjadi milik anda walaupun pembekal emas tidak lagi beroperasi.

Emas anda selamat
Setiap emas yang dibeli dari kami disimpan di dalam bilik kebal di Singapura. Emas anda diinsuranskan sepenuhnya untuk apa jua risiko dengan pengembalian nilai sepenuhnya.
Emas anda diaudit
Setiap 6 bulan, emas anda akan diaudit oleh pengaudit yang diakui oleh LBMA, Bureau Veritas. Berikut adalah 3 ujian yang dillakukan untuk memastikan ketulenan 100% emas anda.
1. Pengiraan bar emas secara fizikal
Bureau Veritas menyemak kewujudan logam berharga milik pelanggan kami yang dipegang oleh BullionStar bagi pihak mereka sebagai pembekal tempat penyimpanan.
2. Ketepatan nombor bersiri
Bar bulion dipilih secara rawak dan nombor bersirinya dibandingkan dengan nombor bersiri yang diperoleh dari senarai bar BullionStar.
3. Ketulenan bar bulion
Berat dan ketulenan bar bulion yang dipilih secara rawak adalah berdasarkan keterangan produk emas tersebut.
Anda boleh memantau rekod simpanan kami
Kerana itulah, kami menyediakan 2 senarai di sini.

Senarai bar emas
Senarai bar emas ini dikeluarkan oleh BullionStar pada setiap penghujung hari bekerja, menunjukkan jumlah emas yang disimpan di bilik kebal.

Senarai emas pelanggan
Senarai emas pelanggan merekodkan jumlah emas yang telah dibeli oleh pelanggan kami. Anda boleh melihat sendiri emas yang anda miliki, menyemak jumlah baki emas anda, dan memantau senarai jumlah pemilikan terus dari senarai bar kami. Semuanya dengan nombor unik memastikan identiti anda dilindungi!
Anda boleh tebus emas fizikal
Penebusan bermula dari 1 gram. Setiap bar emas CertiPAMP™ dikedap dan datang dengan tandatangan penguji emas, nombor bersiri unik bar tersebut, berat dan ketulenannya.
Anda boleh menyemak sendiri di Aplikasi Veriscan untuk memastikan bar emas anda telah didaftarkan.
