Memulakan simpanan mungkin sukar, tetapi tidak dengan HelloGold.
Selamat Datang ke Aplikasi Simpanan Emas Fizikal Peribadi Anda Yang Berlandaskan Syariah
Siapakah HelloGold?
HelloGold adalah aplikasi simpanan peribadi yang direka pada tahun 2015, khas untuk setiap lapisan masyarakat di Malaysia menyimpan emas di mana jua, bila-bila masa pada serendah RM1. Dengan HelloGold, anda boleh tetapkan matlamat simpanan anda (seperti percutian idaman!), lihat prestasi simpanan tersebut dan mengembangkannya sehingga matlamat anda tercapai.
Emas adalah aset tertua dan terbukti kemampuannya dalam menandingi pasaran mata wang. Sebagai pelaburan berisiko rendah, emas adalah pilihan yang tepat buat anda yang ingin mula menyimpan dari sekarang demi pendidikan, kereta mahupun rumah di masa hadapan.
Kami telah pun merealisasikan impian untuk menjadikan emas mampu dimiliki dan diakses oleh semua, kini tiba giliran anda memanfaatkan peluang ini demi hari esok yang lebih baik.

Daftar di bawah dan dapatkan RM5 emas percuma
Dengan menekan butang di atas, anda akan membuka akaun bersama HelloGold dan bersetuju dengan Polisi Peribadi serta Terma dan Syarat kami, termasuklah untuk menerima e-mel. Anda boleh mengakses atau mengubah data peribadi anda dengan menghantarkan e-mel kepada hello@hellogold.com
Anugerah & Pengiktirafan HelloGold
Dalam hanya tempoh 3 tahun, teknologi dan perkhidmatan HelloGold telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan.
HelloGold menerima anugerah Critic’s Choice Most Innovative Islamic Retail Product di Islamic Retail Banking Award 2018 di Dubai
HelloGold memenangi Prominent in Wealth, Asset & Investment Management of the Year di Malaysia Fintech Awards 2018
HelloGold dipilih menjadi sebahagian daripada Program Supercharger Accelerator Suruhanjaya Sekuriti 2018
HelloGold menerima anugerah Best Islamic Wealth Management Fintech Company di World Islamic Fintech Award (WIFA) 2018 di Bahrain

Mulakan Simpanan Sekarang
Beli emas di mana jua, pada bila-bila masa dari telefon pintar.
- Beli emas pada serendah RM1
- Beli pada bila-bila masa, di mana jua
- Dapatkan harga emas spot terbaik yang dikemas kini setiap minit
- Semak perkembangan emas anda bila-bila masa dari telefon pintar
- Emas anda selamat, dijamin dan diaudit

Memperkenalkan Pelan SmartSaver
Cara yang lebih mudah untuk menyimpan. SmartSaver adalah pelan simpanan automatik 12-bulan yang membantu anda membuat simpanan bulanan dengan mudah.
- Pilih matlamat simpanan anda (cth: percutian)
- Tetapkan simpanan berulang setiap bulan pada kadar minimum RM30
- Anda akan dibelikan emas pada harga terendah setiap hari bekerja
- Semak perkembangan simpanan emas anda menerusi telefon pintar
- Batalkan langganan pada bila-bila masa, tanpa caj pembatalan atau caj tersembunyi

Kelebihan HelloGold

HARGA TERBAIK
Beli emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% pada kadar paling kompetitif di Malaysia. Semak harganya di sini.

SENANG
Beli dan jual emas tidak kira jumlahnya, pada bila-bila masa, dari mana saja atau minta emas anda dihantar secara fizikal terus kepada anda.

MUDAH DIDAPATI
Ikuti harga emas secara langsung dan beli emas dalam talian melalui telefon mudah alih anda.

EMAS FIZIKAL
Emas anda diperuntukkan sepenuhnya. Malah pada RM1, emas yang anda beli akan disimpan secara fizikal sebagai sebahagian daripada jongkong emas di bilik kebal kami di Singapura atau Dubai.

SELAMAT
Emas anda dilindungi sepenuhnya dengan insurans dan diaudit oleh auditor logam berharga terkemuka.

BERLANDASKAN SYARIAH
Disahkan oleh Amanie Advisors dan berlandaskan syariah yang bermaksud simpanan emas anda disokong oleh emas fizikal dan semua proses kami adalah selaras dengan kehendak undang-undang syariah.