1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Situasi Emas Pada Tahun 2022 oleh Robin Lee

Tahun baharu. Permulaan baharu. Harapan baharu.

Jadi apa yang menarik untuk emas pada tahun 2022? Terdapat begitu banyak faktor yang akan mempengaruhi prestasi emas pada tahun 2022 – menjadikan simpanan emas suatu yang perlu untuk setiap rakyat Malaysia. Tetapi saya hanya akan menumpukan pada satu faktor – keputusan dasar yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Pasaran menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mendahului negara lain dalam menghentikan langkah sokongan ekonomi untuk era pandemik ini. Dan, yang lebih mustahak, situasi di mana Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah mereka. Jika ia benar-benar berlaku, situasi ini akan memberi impak kepada pelabur global. Kesan berbeza akan dapat dilihat terhadap orang kaya dan orang kebanyakan. Pengulas pasaran, bagaimanapun biasanya menganalisis kesan ini dari perspektif pelabur global. Semakin tinggi kadar faedah yang dinaikkan oleh Persekutuan Amerika Syarikat, semakin tinggi kadar faedah untuk simpanan tetap di bank. Oleh itu, pelabur yang kaya dilihat akan mula menyimpan wang di dalam bank daripada menyimpan emas yang mempunyai kos penyimpanan.

Namun begitu, perkara ini tidak benar – terutamanya pasaran baharu seperti Malaysia. Semakin tinggi kadar faedah di Amerika Syarikat, semakin besar kemungkinan pelabur global akan memindahkan wang mereka ke Amerika Syarikat dan bukannya Malaysia. Semakin kukuh dolar Amerika Syarikat dan semakin lemah Ringgit Malaysia – kita akan dapat membeli lebih sedikit dengan ringgit yang kita simpan di bank kita. Jika Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah mereka cukup tinggi, ini juga akan memberi kesan buruk kepada pasaran saham kita kerana pelabur global akan memilih untuk membeli pelaburan Amerika Syarikat yang memperoleh faedah seperti bon berbanding ekuiti tempatan kita.

Oleh itu, saya secara peribadi percaya bahawa bank pusat sangat bimbang tentang bagaimana pelabur bertindak balas terhadap sebarang cooling measures oleh penggubal dasar yang juga akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi. Dalam senario ini, pelabur akan terus melabur dengan banyak dalam pasaran utama dan mengabaikan pasaran baharu seperti Malaysia. Di bawah senario ini, malangnya Malaysia masih akan mendapat perhatian yang kurang dari komuniti pelabur global. Akibatnya, ringgit dan KLCI akan kekal lemah dan emas akan berprestasi baik.

Jadi sama ada 2022 akan berlaku seperti yang dijangka oleh pasaran dan saya secara peribadi, emas akan mengukuh terhadap Ringgit yang akan lemah berbanding dolar Amerika Syarikat. Seperti yang dibincangkan, kita masih perlu menunggu situasi sebenar emas – 2022 mungkin berakhir seperti 2021. Walau bagaimanapun, seperti yang telah berlaku pada tahun 2021, saya menjangkakan emas akan berprestasi lebih baik berbanding Ringgit dan KLCI – sekali lagi membuktikan emas sebagai pelindung nilai yang paling mudah. Bagi rakyat Malaysia yang tidak dapat melabur dalam ekuiti antarabangsa, emas akan menjadi salah satu daripada beberapa pilihan yang mereka ada untuk mempelbagaikan portfolio di luar Malaysia.

Saya belum lagi menyentuh topik kemungkinan jika endemik Covid-19 berpanjangan atau jika ketegangan geopolitik di Asia dan di Eropah berubah menjadi lebih teruk. Sentiasa berwaspada dan harapan kita untuk tahun 2022 yang lebih baik!

Previous Post
Next Post