1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama ยป Simpanan untuk anak-anak kita

Saya tidak pasti apa perasaan anda yang sedang membesarkan anak-anak, tetapi saya ingin berkongsi sedikit pendapat peribadi. Saya akui, kadangkala terasa juga bebanan tanggungjawab sebagai ibu bapa (ok sebenarnya terasa setiap masa). Sebelum kelahiran anak pertama, saya telah mencari pekerjaan baru dengan gaji yang lebih besar walaupun saya sayangkan pekerjaan lama. Kehadiran anak pertama saya disambut dengan rasa gelisah, kerisauan memikirkan masa depannya, betul atau tidak caranya, memastikan dia gembira, bebas dan nikmati hidup yang selesa. Lama-kelamaan, fikiran saya mula ke arah kewangan – bagaimana nak pastikan kebajikannya terjaga jika saya kehilangan pekerjaan, jatuh sakit atau meninggal dunia?ย 

Saya selalu rasa macam nantilah baru fikir; tetapi hidup dan kerja buat masa rasa singkat. Saya tidak sempat berbuat apa pun walaupun saya ada kemampuan untuk lakukannya. Sebaliknya, saya bergantung kepada nasib dan nasib baik tuah di pihak saya – tetapi ini adalah cara yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak-anak.

Kembali ke hari ini, adik saya memiliki seorang anak perempuan berusia setahun. Hujung minggu yang lalu, saya meluangkan masa bersama adik saya dan berbual tentang peranan ibu bapa, anak-anak, kesilapan yang pernah saya lakukan, cara menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab – dan semestinya, kepentingan untuk tidak melengah-lengahkan keputusan besar dan mula bertindak. Ya, kami berbual tentang apa yang sepatutnya saya buat sejak awal lagi, melihatkan pada keadaan semasa hari ini.

Pertama, saya menggesanya untuk mendapatkan insurans hayat untuk dirinya demi memastikan jika dia ditimpa bencana sebelum anaknya berusia 25 tahun, kewangan anaknya akan terjamin. Kemudian saya meminta adik saya untuk menguruskan wasiat supaya hartanya akan diturunkan kepada yang layak dan bertanggungjawab terhadap kebajikan anaknya. Insurans dan wasiat, mesti dibuat.

Kedua, kami berbual tentang pelaburan untuk masa depan anaknya. Ok, adik saya seorang yang bijak (dia sendiri berasa antara kami berdua – dia lebih bijak. Saya senyum tanda tak bersetuju) tetapi dia akui yang kewangannya tidak pada tahap yang sepatutnya. Ini membuatkan saya tersedar, pasti ramai di antara kita yang turut merasakannya – ibu bapa yang ingin menabung untuk masa depan anak-anak, tetapi tidak ada keyakinan atau kemahiran untuk melabur saham (nasib baiklah kita ada KWSP, PNB dan Tabung Haji).

Jadi, ini pendapat saya tentang emas dan cara ia membantu kita yang tidak berapa tahu atau berkemahiran dalam pelaburan. Emas adalah produk pelaburan mudah, tetapi berkemampuan tinggi.

Jika pada tahun 1998 dulu saya ada meletakkan sejumlah wang untuk simpanan emas anak saya, pulangan yang diterima hari ini adalah 7.5x ganda. Berbeza pula dengan KLCI, saya hanya akan menerima 4.0x ganda jumlah wang. Yang lebih hebat lagi, jika saya melaburkan RM100 setiap bulan dari hari kelahiran anak saya sehingga kini, jumlah emas tersebut akan bernilai lebih dari RM95,000. Berbanding KLCI, jumlahnya hanya akan bernilai RM38,000. (Sebelum anda bertanya, simpanan RM100 sebulan sejak anak saya lahir sehingga Julai tahun ini berjumlah hampir RM26,000).

Tiada siapa yang boleh menjamin prestasi pelaburan anda pada hari esok. Tetapi itulah kelebihan pengalaman, ia memberikan kita panduan. Jadi berdasarkan pengalaman, saya menyarankan adik saya untuk meletakkan sebahagian wang ke dalam bentuk emas secara bulanan untuk pendidikan/perkahwinan/keperluan anaknya kelak. Ia tidak rumit dan sejarah membuktikan simpanan jangka panjang dalam bentuk emas mendatangkan hasil yang lumayan.

Kesimpulannya, membesarkan anak-anak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jadi, apa yang boleh dilakukan hari ini adalah dengan menabung emas secara kecil-kecilan, setiap bulan, untuk mengelakkan kegelisahan di kemudian hari.

Previous Post
Next Post