1 300 130 888 h[email protected]

Halaman Utama » Simpanan Emas atau ASB?

Hujung minggu lalu, seorang rakan bertanyakan pada saya mengapa perlu beliau melabur emas jika sudah melabur dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Secara ringkas, ASB bertujuan untuk memberi pulangan jangka masa panjang, secara konsisten dan kompetitif kepada pelabur dengan risiko yang rendah dari modal yang dikeluarkan. Disebabkan itu, ASB direka sebagai fixed price equity income fund di mana harga seunit dana telah ditetapkan pada RM1.00. Apakah maksudnya? Ini bermaksud nilai setiap unit kekal RM1 tanpa mengira prestasi dana tersebut. Manakala untuk unit amanah biasa, harga seunit berubah mengikut nilai turun naik pelaburan itu.

Sejak dilancarkan pada tahun 1990, ASB kekal sebagai salah satu dana paling popular di negara ini dengan RM170+b dalam aset  dan 10 juta pemegang unit. Dengan pelaburan awal serendah RM10 dan pelaburan tambahan dengan minimum RM1, hampir 8 juta pemegang unit dengan akaun kurang dari RM5,000 adalah bukti popularitinya. Walaupun terdapat trend penurunan jangka masa panjang yang dapat dilihat sejak dana ini wujud pada tahun 1990, ASB terus memberi pengagihan yang lebih, jika dibandingkan dengan deposit tetap atau fixed deposits dari bank (lihat grafik di bawah). Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk melabur dengan ASB, anda juga boleh memohon pembiayaan sehingga 100% untuk memulakan pelaburan ini. Pembiayaan yang menarik ini pada dasarnya akan memberi keuntungan mudah selagi pengagihan yang diterima melebihi kos pembiayaan anda – pada ketika ini pada kadar sekitar 3.5%. Namun begitu, trend penurunan jangka masa panjang yang dilihat menimbulkan persoalan – adakah ASB akan berjaya memastikan pengagihan akan sentiasa melebihi kos pinjaman anda? Setakat tahun 2020, kadar pengagihan secara keseluruhannya adalah 5%.

Pengagihan ASB berbanding FD chart

Sumber: ASNB, macrotrends, fxempire

Dengan adanya ASB, mengapa anda perlu masih mempertimbangkan emas sebagai salah satu pelaburan anda? Pada pendapat saya, sebab paling utama adalah kepelbagaian atau diversification. Pada tahun 2020, 94% portfolio ASB adalah pelaburan dalam Malaysia. Contoh percabangan portfolio dalam Malaysia dapat dilihat dengan pulangan KLCI Malaysia (2.4%) berbanding MSCI All-Country World Equity (12.8%) pada tahun 2020. Secara ringkasnya, jika anda mahukan cara mudah untuk mempelbagaikan simpanan anda di luar Malaysia, masukkan pelaburan emas di dalam portfolio anda.

Seperti yang anda lihat, prestasi emas secara umumnya adalah baik.

ASB emas pulangan tahunan chart

Andaian: Pengagihan ASB dilaburkan semula

Di HelloGold, anda boleh pelbagaikan portfolio dengan emas melalui dua cara. Anda boleh pantau dan beli emas ketika harga sesuai atau daftar pelan SmartSaver kami dan tunggu kami belikan anda emas dengan harga yang terendah pada setiap hari bekerja. Pilihan di tangan anda. Mula menyimpan hari ini!

Previous Post
Next Post