1 300 130 888 [email protected]

8 Petua Simpanan yang simple dari Wanita untuk Wanita

Simpanan untuk keluarga sering dikaitkan dengan kaum lelaki. Akan tetapi, ramai wanita berjaya hari ini yang lebih lantang dan yakin dalam menyatakan sumbangan mereka kepada keluarga.

Walau bagaimanapun, masih ramai juga wanita yang merasakan diri mereka tidak arif tentang kewangan atau tidak tahu cara untuk mula menyimpan.

Kami telah menemu bual 8 wanita hebat yang bijak berjimat cermat untuk berkongsi petua simpanan harian mereka.

Tukar Tabiat Minum Kopi

Kalau anda suka manjakan diri dengan aktiviti yang memakan belanja besar, keluarkan sedikit modal untuk penjimatan jangka panjang. Seperti minum kopi yang dibru segar… labur sedikit duit untuk membeli mesin kopi supaya anda boleh bancuh sendiri di rumah! Secara purata, kos mesin & biji kopi adalah lebih kurang RM400 untuk 100 cawan kopi. Kalau di kafe pula, dengan RM400 anda mungkin hanya dapat 33 cawan kopi artisan. Lebih baik jimat RM200 tu dan gunakannya untuk buat simpanan.

Isabel

30, Koordinator Produksi

Gunakan Pengangkutan Awam

Bayangkan hari-hari tak perlu bayar duit minyak, tol, parkir… berapa banyak boleh jimat sebulan tu? Kalau anda boleh ke tempat kerja atau ke mana-mana dengan bas, MRT, LRT atau pelbagai lagi pengangkutan awam lain, gunakan bajet tadi untuk buat simpanan. Banyak boleh dapat kan?

Vanessa

29, Pencungkil Bakat

Jadikan Simpanan Anda Automatik

Hari gaji memang ditunggu-tunggu & walaupun tak salah untuk anda memanjakan diri dengan hasil titik peluh anda, pengasingan 10% dari gaji untuk simpanan amat penting. Macam mana nak pastikan anda tak terlupa atau terbelanja simpanan anda? Jadikan simpanan itu automatik dengan fungsi yang disediakan oleh pihak bank.

Melissa

28, Pengurus Pemasaran

Sediakan Simpanan Kecemasan

Kita tak tahu bila kita perlukannya, jadi kenalah sediakan payung sebelum hujan. Simpanan kecemasan yang ideal sepatutnya membolehkan anda bertahan untuk 6 bulan tanpa gaji. Kurangkan perbelanjaan seperti; pilih produk tempatan dan beli barang keperluan di pasaraya yang banyak penjimatan. Apa jua cara anda, gunakan duit selebihnya untuk saat-saat yang lebih memerlukan nanti.

Linda

32, Suri Rumah

Rancang Lebih Awal

Mudah mengelak dari membazir apabila anda tahu ke mana wang anda akan dibelanjakan. Rancang perbelanjaan harian seperti sediakan bekal ke pejabat, senarai beli barang sebelum ke pasaraya, barulah tak terbeli barang yang tak perlu.

Farehah

26, Entrepreneur

Pelbagaikan Jenis Simpanan

Jadikan simpanan itu sebagai pendapatan bulanan tetap dan pelbagaikannya. Usahlah simpan kesemua simpanan anda di satu tempat sahaja. Terdapat beberapa pilihan yang berisiko rendah seperti deposit tetap, amanah saham atau simpanan emas.

Joanne

30, Peguam

Bersiap Sedia Untuk Persaraan Hari Ini

Tidak terlalu awal untuk anda fokus pada simpanan apabila anda bersara nanti. Apa jua pekerjaan anda, mula merancang sekarang. Ada banyak pilihan; duit tunai dalam akaun bank, pelan simpanan emas, pelan persaraan peribadi, atau deposit tetap. Pilih & mula.

Li Ling

37, Usahawan Kek

Bijak Berbelanja

Antara cabaran kewangan terbesar adalah keinginan membeli dan ia berkait rapat pengaruh oleh orang di sekeliling kita (cth: hadiah hari jadi, hiasan perayaan, makan malam mewah, dll). Memang penting untuk anda menikmati kegembiraan tetapi lakukannya dengan berhemah. Kongsi duit untuk beli hadiah buat rakan, peka pada hari potongan jualan dan beli apa yang perlu sahaja.

Vanusha

40, Eksekutif Perniagaan Separuh Masa

Anda rasa serasi dengan pelan simpanan HelloGold SmartSaver? Mulakan simpanan yang penuh keyakinan dengan emas percuma bernilai RM5 dari kami. Klik butang di bawah untuk mendaftar dan dapatkan emas percuma anda. Macam ni baru seronok nak menyimpan!

Jom Mulakan

Daftar di bawah dan dapatkan RM5 emas percuma


Dengan menekan butang di atas, anda akan membuka akaun bersama HelloGold dan bersetuju dengan Polisi Peribadi serta Terma dan Syarat kami, termasuklah untuk menerima e-mel. Anda boleh mengakses atau mengubah data peribadi anda dengan menghantarkan e-mel kepada [email protected]