Nampaknya Persekutuan AS telah mengambil risiko dan memutuskan untuk memerangi inflasi dengan kenaikan kadar faedah 0.75% baru-baru ini. Sekiranya anda terlepas, inflasi kini melebihi 8% di AS. Wah!
Bagaimana situasi boleh berubah sebegitu pantas? Tetapi saya bimbang, seperti kebiasaan, pembuat dasar selama ini (seperti yang dijangkakan) lambat untuk membuat keputusan yang sukar dan cepat untuk mengambil keputusan yang mudah.
Bagi keseluruhan tahun 2021, Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell berkata bahawa inflasi adalah hanya untuk tempoh sementara. Walaupun berdepan dengan inflasi yang meningkat lebih 6%, Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar.
Bagi yang mengikuti blog saya sejak 2 tahun yang lepas, saya sekian lama bimbang akan gabungan toksik di antara duit mudah dan inflasi. Jika anda terlepas, baca di sini Emas Bakal Menjunam Lagi? Juga untuk jangka masa yang panjang, saya percaya inflasi yang tinggi akan kela terutamanya jika kita mahu menentang perubahan cuaca – Perubhan Iklim, Ekonomi dan Emas.
Sama ada saya betul atau salah tentang inflasi dalam jangka masa panjang, hanya waktu yang dapat menentukannya. Namun apa yang kita pasti, Persekutuan AS kini berjuang secara agresif menentang inflasi dengan senjata pilihan – kadar feadah.
Saya telah menulis pada penghujung 2021 tentang kesan buruk kenaikan kadar faedah di AS terhadap ringgit. Nilai dolar yang didorong oleh pelabur yang mengalihkan dana mereka kepada AS berbanding pasaran baru mengakibatkan kelemahan mata wang kita.
Sebagai penjelasan, isu ini membawa pengaruh yang besar kepada kebanyakan ekonomi yang sedang pesat membangun – dan bukan hanya kepada Malaysia – seperti yang anda boleh lihat di dalam carta di bawah.
Sumber: Investing.com
Untuk fasa seterusnya, kita bergantung kepada penggubal dasar – adakah mereka memilih untuk hidup dengan mata wang yang semakin lemah serta aliran keluar modal pelabur asing atau adakah mereka cuba mempertahankan mata wang dengan kenaikan faedah mereka sendiri?
Secara amnya, inflasi akan dikawal – persoalannya untuk berapa lama dan apa kesannya?
Kali terakhir Persekutuan AS menentang inflasi adalah pada awal tahun 80-an dan mereka mengambil masa selama dua tahun untuk mengawalnya (dan sejumlah 3 tahun setengah untuk menurunkan inflasi di bawah 8%).
Paul Volcker pernah menjadi pengerusi Persekutuan AS dan beliau mengenakan kadar faedah jangka pendek hampir 20%, mengakibatkan kadar peratusan pengangguran melonjak kepada hampir 11% yang akhirnya membawa kepada kemelesatan terburuk yang pernah berlaku di AS.
Ya. Perkara ini akan berlalu pergi dan kita akan dapat melihat sinar semula. Kebanyakan perkara yang berkaitan ekonomi dan kewangan adalah sebuah kitaran. Ya. Akan ada pelaburan yang berkembang maju di kala dunia mengalami kemelesetan. Tetapi jika anda:
- tidak pasti / tidak cukup pengetahuan untuk memilih pemenang, atau
- banyak bergantung kepada simpanan dalam bentuk wang ringgit
Saya percaya bahawa emas kekal sebagai pilihan yang jelas, mudah dan selamat untuk mengharungi ribut yang sedang melanda.
Berdasarkan prestasi emas sepanjang 12 bulan yang lalu, logam ini menunjukkan prestasi yang jauh lebih cemerlang berbanding KLCI atau Bitcoin – sjelas bahawa emas akan terus menjadi pilihan pelaburan terbaik untuk rakyat Malaysia ketika penggubal dasar kita cuba mengemudi negara ini mengharungi situasi inflasi dunia.
Sumber: Investing.com