Berikutan keadaan ekonomi semasa, pembekal-pembekal emas, termasuklah pembekal emas kami sedang mengalami kekurangan bekalan emas fizikal.
Permintaan emas fizikal yang tinggi menyebabkan bekalan kini terhad
Perkara ini telah menyebabkan pembekal-pembekal emas meletakkan premium pasaran ke atas harga emas.
Kebiasaannya, pembekal mengenakan caj premium biasa berdasarkan saiz jongkong emas yang disediakan untuk pengedar. Walau bagaimanapun, premium pasaran baru-baru ini adalah disebabkan oleh perbezaan di antara harga emas (emas fizikal dan emas kertas) di pasaran spot global dan harga jongkong emas fizikal di pasaran fizikal yang sebenar.
HelloGold membeli jongkong emas dari pembekal pada harga jongkong emas fizikal yang diberikan oleh pembekal, di mana pada kebiasaaannya, berdasarkan dan selaras dengan pasaran spot global.
Walau bagaimanapun berikutan keadaan ekonomi yang sukar pada hari ini, di mana harga jongkong fizikal tidak selari dengan pasaran spot global, kebanyakan penjual emas kini perlu akur pada harga jongkong emas fizikal yang ditawarkan.
Apakah kesannya kepada HelloGold?
Kenaikan premium pasaran
Akibat kekurangan bekalan emas fizikal ini, premium pasaran sementara akan dikenakan dan nilainya berubah selagi kekurangan emas fizikal ini menyebabkan premium pasaran ke atas spot global.
1. Caj kami tidak berubah
Kedua-dua caj PEMBELIAN dan PENJUALAN emas kami kekal pada 0.79% dan 2%.
2. Turun naik harga pasaran premium
Dalam usaha kami untuk terus komited menyediakan anda sebuah platform simpanan yang berpatutan, penyelarasan harga emas kami dan harga emas pembekal harus dilakukan.
Ini bererti, premium pasaran sementara (%) akan dikenakan ke atas caj dasar bagi transaksi PEMBELIAN dan PENJUALAN emas kami.
Seperti yang dinyatakan, nilai premium pasaran ini akan berubah mengikut waktu berdasarkan harga emas yang ditetapkan oleh pembekal kami selagi isu kekurangan emas fizikal ini masih berterusan.
Apakah itu kenaikan premium pasaran dan mengapa ia berlaku? Baca lebih di sini.
Emas kekal sebagai aset pelindung
Seperti yang anda tahu, nilai emas yang unik semakin tinggi ketika berlakunya krisis ekonomi di mana orang ramai mula menjadikan emas sebagai aset pelindung.
Malah, bank-bank berpusat di Asia dan Eropah Timur mula membeli dan mengumpul emas sejak 3 tahun yang lalu. Ramai pengulas pasaran percaya emas boleh memainkan peranan utama di dalam sistem kewangan masa hadapan.
Jadi, jika anda telah mula menyimpan dalam bentuk emas, anda membuat keputusan yang bijak dengan memiliki aset fizikal yang nilainya terus meningkat, dan akan terus bertambah dari tahun ke tahun.