Walaupun sebelum COP27, ramai di antara kita yang dilihat terkesan dengan impak besar inflasi. Dan ramai di antara kita yang mengharapkan ahli politik dan penggubal dasar untuk mengemudi ekonomi kita kembali ke waktu di mana inflasi lebih rendah dan hidup yang lebih selesa.
Tetapi adakah kita mampu untuk hidup dalam dunia yang rendah inflasi dan terus berkembang selesa jika kita ingin menghentikan perubahan iklim?
Menurut pendapat polos saya (saya juga bersyukur Larry Fink dari BlackRock turut berkongsi pendapat yang sama), jika kita ingin berjaya dalam perjuangan kita menentang perubahan iklim, kita akan mengalami inflasi yang lebih tinggi, iaitu selagi kita tidak mempunyai teknologi yang betul untuk menyelesaikan masalah global ini.
Sebab? Lihat dua contoh mudah berikut:
1) Metana adalah punca utama perubahan iklim. Malah, ia adalah penyumbang kedua terbesar selepas karbon dioksida dan bertanggungjawab untuk kira-kira setengah darjah pemanasan. 3.5 bilion ternakan di dunia menjana kira-kira 6% daripada pelepasan gas rumah hijau (sebagai perbandingan, industri penerbangan bertanggungjawab untuk kurang daripada 3% daripada pelepasan gas rumah hijau).
Sama seperti industri penerbangan dipaksa untuk mengurangkan (atau mengimbangi) pelepasan metana, adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa industri lembu juga perlu ikut serta secepat mungkin. Ini berkemungkinan akan meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.
2) Dunia sedang cuba mengurangkan penggunaan bahan api fosil – seperti industri automotif dengan trend ke arah kenderaan elektrik. Walau bagaimanapun, kenderaan elektrik memerlukan bateri, dan bateri memerlukan gabungan logam yang dilombong.
Tetapi kesan sampingan biasa perlombongan adalah tidak baik – pencemaran udara, pencemaran air, dan kemusnahan habitat; ironinya memberi kesan buruk kepada perjuangan kita menentang perubahan iklim walaupun produk akhir – bateri – boleh menyelamatkan kita.
Oleh itu, industri perlombongan perlu memikirkan cara mereka untuk mengekstrak logam ini tanpa merosakkan alam sekitar – cara ini (kaedah apa pun) akan
menambah kos kepada proses keseluruhan, yang sekali lagi, akhirnya akan ditanggung kepada pengguna. Sehingga kita berjumpa dengan teknologi hijau yang lebih efisen dan meningkatkan produksi, perang terhadap perubahan iklim akan tetap berdepan kos yang tinggi.
Lebih memburukkan lagi keadaan, penggubal dasar mengejar pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam sektor perniagaan yang malangnya juga bermakna kebebasan kepada semua perniagaan untuk terus mencemari alam sekitar (kecuali dengan kewujudan teknologi hijau yang baharu). Apakah cara terbaik untuk kita berganding bahu ke arah sifar bersih atau net zero?
Nampaknya pada pendapat saya, perang terhadap perubahan iklim dan mengejar inflasi yang rendah / pertumbuhan tinggi adalah saling berkait. Pemimpin politik dan kita sebagai rakyat mempunyai pilihan:
Untuk menyelamatkan planet ini untuk generasi akan datang dengan berdepan realiti inflasi yang akan terus mendadak naik dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan (sehingga kita berjaya mencipta teknologi hijau), ATAU
Untuk terus mengejar pertumbuhan ekonomi seperti yang sedang berlaku dan berharap teknologi hijau dapat ditemukan dengan segera
Tetapi apa kaitannya dengan emas? Peranan emas untuk pelabur biasa tidak pernah lebih menarik sehinggalah dunia berada berdepan inflasi yang tinggi.