Antara perbandingan utama yang dibuat ketika memilih platform simpanan emas terbaik adalah harga emas yang ditawarkan. Kami di HelloGold tidak menafikan perkara ini, malah anda mungkin dapat melihat platform lain yang menawarkan harga emas yang jauh lebih rendah.
Tetapi, adakah ia satu-satunya perkara yang perlu anda pertimbangkan?
Berikut adalah senarai kriteria yang mungkin dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak.
1. Emas fizikal dan diperuntukkan sepenuhnya vs emas kertas
Kebanyakan bank menjual emas kertas, bererti mereka berhutang emas itu dengan anda dan anda tidak memiliki emas tersebut. Emas kami adalah emas yang diperuntukkan sepenuhnya, bererti anda mempunyai hak milik tetap dan eksklusif terhadap emas tersebut.
2. Patuh Syariah
Kerana itulah, emas kertas tidak berlandaskan syariah. Untuk diiktiraf patuh syariah,
sesebuah platform itu mestilah:
Disokong dengan emas fizikal yang diperuntukkan sepenuhnya, dan
Proses transaksi emas fizikal itu lengkap dan selesai dalam waktu yang ditetapkan oleh standard.
3. Diinsuranskan vs tidak diinsuranskan
PIDM tidak melindungi mana-mana pelaburan dalam bentuk emas di Malaysia. Ini
termasuklah pihak bank. Walau bagaimanapun, emas milik pelanggan kami diinsuranskan sepenuhnya oleh Chubb International, perlindungan dari sebarang bentuk risiko dengan pulangan nilai penuh untuk emas yang disimpan.
4. Pembelian minimum 1g vs RM1
Misi kami adalah membolehkan sesiapa sahaja menyimpan dalam bentuk emas, tidak kira besar atau kecil pendapatan mereka. Kami faham, minimum 1g adalah nilai yang besar untuk sesetengah individu, jadi, kami membolehkan simpanan bermula dari serendah RM1.
5. Baki minimum dalam akaun vs tanpa had.
Dalam kebanyakan platform, anda perlu mempunyai baki minimum 5g atau 10g di dalam
akaun. Tanpanya, anda akan dikenakan caj tahunan untuk memastikan akaun anda aktif. Tetapi di HelloGold, tiada sebarang baki minimum emas atau tunai yang diperlukan. Simpan seberapa banyak, atau sikit yang anda mahu.
6. Caj pentadbiran kami
Kami faham ada segelintir pengguna yang kurang senang dengan caj pentadbiran yang dikenakan. Walau bagaimanapun, caj tahunan 2% ini (0.166% sebulan) membantu memastikan emas pelanggan kami disimpan dengan selamat, diinsuranskan sepenuhnya dan diaudit dengan kerap.
Kami di HelloGold berharap agar penjelasan ini memudahkan anda memahami kelebihan dan kekurangan di antara platform kami dan platform-platform yang lain. Pilihan terletak di tangan anda untuk memilih platform yang bersesuaian dengan cara anda menyimpan.