1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Pelbagaikan Jaring Keselamatan Anda dengan Perlindungan

Dalam tempoh kuarantin yang lalu, saya ada menulis sebuah artikel tentang kepentingan kewangan pada waktu-waktu getir, dan turut menyentuh tentang cara saya menguruskan bajet kewangan; berapa yang saya akan simpan dan laburkan. Klik di sini untuk baca.

Ketika HelloGold terus membina lebih banyak produk-produk lain untuk ditawarkan kepada pelanggan, saya dapat lihat dengan lebih jelas lagi betapa banyaknya cara untuk mengukuhkan jaring keselamatan kewangan. Sesuatu yang lebih dari sekadar simpanan kecemasan untuk waktu yang tidak dijangka, yang dapat mengurangkan impak ke atas keadaan kewangan kita dan melindungi diri sendiri serta keluarga dari terjejas akibat situasi tidak diduga seperti pandemik, penyakit, malapetaka atau sebagainya.

Saya ada membincangkan kepentingan emas sebagai perlindungan efektif yang mudah untuk portfolio pelaburan anda, jadi anda sudah sedia maklum dengan itu.

Kali ini, saya ingin meluangkan sedikit masa tentang polisi insurans yang saya percaya, anda semua perlu miliki: insurans hayat, insurans kesihatan dan insurans kehilangan upaya.

Insurans hayat adalah amat penting jika anda mempunyai keluarga atau pihak yang bergantung kepada anda. Bukan sahaja dari segi kewangan; ia mungkin seperti menjaga ibu bapa atau adik-beradik anda. Sebagai contoh, jika anda meninggal dunia, siapa yang akan menanggung tanggungjawab anda dan perlukah individu tersebut dibayar? Insurans hayat memberikan waris anda bantuan kewangan untuk membayar perbelanjaan bagi mendapatkan pengganti anda sebagai penjaga.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang tanggungan ketika ini, sebaik-baiknya anda dapatkan perlindungan ini sebelum mencecah umur 30-an, dapatkan polisi insurans hayat termurah, jangka panjang dan bertaraf premium dari mana-mana syarikat berdaftar yang anda tahu. Anda akan dapat jimat lebih banyak jika bermula sekarang.

Secara peribadinya, saya pilih produk “hayat bertempoh” yang lebih murah kerana kesemua premium anda dilindungi – apabila anda berhenti membayar pada penghujung tempoh, anda tidak lagi dilindungi dan tiada unsur wang yang terlibat. Berbanding dengan insurans “sepanjang hayat” yang lebih mahal, di mana insurans dan simpanan digabungkan, memastikan terdapat nilai tunai pada penghujung tempoh.

Di Malaysia, kebanyakan orang membiarkan pelaburan mereka diuruskan oleh KWSP, Tabung Haji dan PNB. Saya percaya yang kita perlu cuba memandang produk insurans dari perspektif insurans semata-mata (dan produk pelaburan daripada perspektif pelaburan semata-mata). Sebagai contoh, objektif insurans hayat saya adalah untuk memastikan anak-anak saya akan memiliki bekalan kewangan yang diperlukan untuk mereka mencapai ke tahap di mana mereka boleh menanggung diri sendiri; jadi untuk saya, perlindungan yang melindungi seluruh hayat saya tidak munasabah.

Selesai insurans hayat, seterusnya saya akan mempertimbangkan insurans kesihatan. Kepentingannya sudah terang lagi bersuluh – tetapi kita perlu memastikan yang kita memiliki polisi yang boleh melindungi kos perubatan hospital yang mahal. Ia bukan sahaja perit jika kita terpaksa mengeluarkan ‘dana kecemasan’ tetapi pasti terkesan jika tidak dapat memberikan yang terbaik buat keluarga dan diri sendiri.

Selain itu, terdapat juga insurans kekurangan upaya untuk menggantikan pendapatan anda, jika anda tidak lagi dapat bekerja disebabkan kecederaan atau penyakit. Ada yang berpendapat, insurans ini ‘kemewahan’ – dan saya juga bersetuju hanya kerana saya memilih untuk mendapatkan insurans hayat dan perubatan, berbandingnya. Andainya saya memiliki perlindungan yang cukup dan wang yang memadai untuk memilikinya, saya percaya insurans kekurangan upaya akan bertindak sebagai ‘pengganti pendapatan’ jika anda tersekat di dalam situasi di mana anda tidak dapat bekerja (atas sebab perubatan) dalam sesuatu tempoh.

Kini, jika anda telah pun merancang untuk membina simpanan kecemasan, untuk mendapatkan perlindungan insurans dan emas sebagai penyelamat bagi pelaburan anda di KWSP, Tabung Haji atau PND, ertinya anda dah bersedia untuk mula mengumpul harta! Untuk topik ini, kita bincangkannya dalam pos yang akan datang ya.

Previous Post
Next Post