Menurut laporan dari World Gold Council pada 2019, Generasi Z lebih berminat untuk melihat pulangan yang tinggi dari pelaburan mereka dan kurang cenderung dengan pelaburan jangka masa panjang.
Dengan kehadiran ‘crypto’ sebagai orang baru, rakan-rakan seangkatan seperti NFT (token tidak mudah alih) dan pelbagai saham lain, emas mungkin dilihat tidak begitu bersinar di mata generasi Z. Namun begitu, sebelum kita membuat kesimpulan yang emas sudah lapuk dek zaman, berikut adalah beberapa sebab mengapa emas masih mampu mencuri tumpuan.
Mengapa generasi Z perlu memiliki emas?
Emas mempelbagaikan simpanan anda
Kunci kepada sebuah kehidupan adalah keseimbangan, seperti juga kewangan anda. Apabila anda baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia pelaburan, salah satu tips kewangan yang anda perlu tahu adalah untuk menyimpan wang anda di beberapa tempat yang berlainan seperti saham amanah, saham ‘blue chip’, saham pendapatan dan emas. Mengapa? Cara sebegini akan mengimbangkan risiko yang anda akan berdepan berbanding jika semua wang anda diletakkan di dalam hanya satu pelaburan. Anggap simpanan seperti sebuah keluarga dan setiap ahli keluarga mempunyai peranan (ayah/ibu/kakak/abang). Portfolio kewangan anda juga sama kerana setiap aset akan memainkan peranan masing-masing. Emas dilihat dapat memainkan peranan sebagai insurans di dalam portfolio anda.
Kebolehan untuk bermula dengan modal minimum
Ini bermakna anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk mula menabung. Dengan kewujudan teknologi, anda kini boleh membeli emas kurang dari 1 gram dan serendah RM1 sahaja. Anda boleh mula menyimpan emas mengikut kemampuan anda tanpa halangan lagi!
Sifat emas yang terhad
Jika dibandingkan dengan mata wang fiat seperti $ atau £, tiada siapa yang boleh ‘mencetak’ emas jika emas diperlukan dengan lebih banyak. Jumlah emas di dunia adalah terhad dan faktor ini menjadikan emas jauh lebih stabil dan kurang terdedah kepada manipulasi penawaran dan permintaan pasaran dalam jangka masa panjang. Faktor ini juga meletakkan emas sebagai simpanan yang sangat bernilai. Di antara tahun 2002 dan 2017, harga kijang emas di Malaysia meningkat sekitar 381%.
Tinggi kecairan
Emas merupakan salah satu aset yang paling cair di dunia, yang juga membawa maksud emas boleh dibeli atau dijual dengan mudah di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Berbanding dengan penjualan rumah yang selalunya memakan masa sehingga berbulan-bulan, anda boleh menjual emas dengan mudah dan mendapatkan wang tunai dengan cepat ketika kecemasan. Harga pasaran langsung akan dapat membantu anda membuat keputusan waktu yang sesuai untuk anda menjual emas.
Melindungi anda dari mata wang
Banyak mata wang negara kini bebas didagangkan. Ini bermaksud spekulator dan pedagang dapat mempengaruhi nilai mata wang tersebut sama ada terlalu tinggi dan menjual mata wang tersebut. Situasi ini terjadi pada tahun 1998 ketika krisis kewangan Asia di banyak negara Asia termasuk Malaysia. Ekonomi yang kecil atau baru berkembang selalu lebih berisiko terhadap sentimen pasaran global.
Apabila sentimen bertukar terhadap mata wang, harga emas akan meningkat. Sebagai contoh jika Ringgit Malaysia jatuh berbanding dolar Amerika, ini bermaksud nilai emas dalam Ringgit Malaysia telah naik. Situasi ini dapat dilihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila nilai emas telah jatuh berbanding dolar Amerika dan disebabkan Ringgit Malaysia juga jatuh disamping dolar Amerika, harga emas di Malaysia tetap stabil. Situasi ini menjadi kayu pengukur simpanan tunai yang dilihat berisiko. Sebaiknya, adalah lebih digalakkan jika anda mempelbagaikan peratusan simpanan anda dengan aset yang stabil dan dipercayai sejak dari dahulu seperti emas.
Tidak perlu menjadi pakar emas
Tidak seperti platform lain yang tidak stabil seperti pertukaran wang asing dan saham berisiko tinggi, anda tidak perlu sentiasa memantau harga emas dan situasi pasaran setelah anda membeli emas. Emas tidak akan pernah muflis, berlainan dari platform lain seperti saham dan emas tidak akan hilang nilai seperti mata wang lain. Dengan kata lain, anda tidak perlu menjadi seorang pakar emas untuk menikmati faedah emas. Namun harus diingat, anda masih perlu peka dan perhatikan prestasi terkini setiap aset yang ada miliki.
Boleh disimpan dengan selamat
Walaupun emas merupakan objek fizikal, anda tidak perlu simpan di rumah atau sentiasa memakai emas tersebut. Terdapat banyak pihak ketiga yang menyediakan kemudahan peti simpanan supaya emas anda sentiasa selamat dan dilindungi. HelloGold juga menyediakan kemudahan tersebut.
Bagaimana untuk mula?
Tetapkan matlamat anda
Sebelum anda memulakan simpanan anda, fikirkan apa yang anda perlukan atau mahukan dari simpanan tersebut. Anda boleh menyimpan untuk beberapa matlamat pada masa yang sama tetapi pastikan anda tahu sebab anda menyimpan dan jumlah yang anda mahu untuk setiap matlamat. Dalam maksud lain, tetapkan objektif jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Contoh:
Jangka masa panjang – simpanan untuk melancong, membeli kereta, dan kecemasan
Jangka masa pendek – simpanan untuk persaraan, memulakan bisnes dan membeli rumah
Setelah anda tentukan matlamat anda, barulah anda tentukan di mana anda ingin simpan wang tersebut. Sentiasa buat kajian sebelum anda buat sebarang keputusan. Sama ada melalui bacaan di blog, forum, TikTok atau YouTube, sentiasa pastikan maklumat yang anda perolehi adalah dari sumber yang dipercayai. Berikut adalah beberapa pilihan simpanan konvesional yang mungkin sesuai untuk anda – akaun simpanan, ASB/ASNB, simpanan tetap dan akaun simpanan emas. Adalah juga digalakkan untuk anda berjumpa dengan penasihat kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pilihan simpanan yang sesuai untuk situasi kewangan anda.
Mula dengan amaun kecil
Sebilangan pakar kewangan mengesyorkan agar setiap orang menyimpan kira-kira 10% dari pendapatan dalam bentuk emas. Platform seperti HelloGold membolehkan anda membeli sejumlah kecil emas fizikal yang disimpan bagi pihak anda di dalam peti besi keselamatan. Oleh sebab anda bermula dengan amaun yang kecil, anda mempunyai kuasa untuk mengawal cara simpanan tersebut.
Terus konsisten
Emas merupakan simpanan jangka masa panjang yang anda boleh berpegang teguh selama bertahun-tahun (bahkan dekad!) tanpa berasa risau. Walaupun emas merupakan aset selamat, konsisten adalah kunci kepada simpanan anda.Kekayaan anda ibarat pokok yang anda harus terus siram untuk tumbuh tinggi demi masa depan kewangan anda.
Pandemik ini telah memberi kesan kepada pendapatan semua, terutamanya generasi Z kerana generasi ini baru memasuki alam pekerjaan dan kurang pengalaman bekerja jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Namun begitu, ambil kesempatan usia muda anda untuk mula menabung dan merancang persaraan anda lebih awal. Lebih banyak anda dapat menyimpan, lebih banyak simpanan anda. Ingat! Simpanan kewangan adalah ‘marathon’, bukan ‘sprint’!
Walaupun simpanan emas sinonim dengan simpanan ‘orang lama’, anda harus fokus kepada nilai emas yang akan memberi pulangan kepada sesiapa yang konsisten menyimpan.
Sumber:
1. World Gold Council: Retail gold insights of 2019