1 300 130 888 hello@hellogold.com

Halaman Utama » Micro Lifestyle Insurance kini dengan simpanan emas anda!

Sesuatu yang kita dapat belajar sepanjang tahun lepas adalah tiada apa yang terjamin dan kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk kesejahteraan diri. Oleh itu kami ingin memberi peluang kepada anda untuk melindungi diri dan yang tersayang, tidak kira dalam situasi kewangan apapun. 

Dengan hanya RM3 sebulan, anda kini dapat menambah Micro Lifestyle Insurance kepada pelan SmartSaver dengan hanya beberapa langkah. Pelan yang pantas, fleksibel dan mampu milik ini akan melindungi anda dengan cara:

✓ Perlindungan segera sejurus pembelian 

✓ Premium boleh diperbaharui setiap bulan secara fleksibel

✓ Tidak perlu pemeriksaan kesihatan

✓ Tidak perlu borang cadangan 

✓ Kelulusan tuntutan yang cepat dan mudah

✓ Hanya RM36 setahun 

Dikuasakan oleh rakan kami di Senang dan ditaja jamin oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad, insurans ini merangkumi:Micro Lifestyle Insurance Faedah

Untuk senarai faedah yang lengkap, tekan pautan ini

Adakah saya layak?

Pelan ini terbuka kepada semua pengguna HelloGold PRO Malaysia berumur di antara 18 – 40 tahun.

Bagaimanakah untuk mendaftar Micro Lifestyle Insurance?

Ikut beberapa langkah mudah berikut untuk mendaftar dengan mudah.

  1. Cipta matlamat SmartSaver baharu
  2. Pilih matlamat Micro Lifestyle Insurance
  3. Masukkan jumlah yang anda ingin capai setiap bulan
  4. Pilih cara pembayaran yang anda inginkan
  5. Semak dan sahkan urus niaga anda
  6. Apabila pembayaran anda berjaya, anda akan dilindungi!
  7. Jangan lupa untuk kemaskini alamat dan maklumat benefisiari juga.

Bagaimanakah saya melakukan tuntutan?

Untuk melakukan tuntutan, anda boleh log masuk portal Senang menggunakan ID Pengguna dan kata laluan dari e-mel pengesahan pembelian dan ikuti langkah yang disenaraikan di sini.

Untuk maklumat lanjut dan syarat pelan ini, lihat Soalan Lazim kami.

Dapatkan pengalaman simpanan yang lancar dengan mengemas kini aplikasi anda ke versi terbaharu. Lindungi diri serta aset anda dalam hanya beberapa minit demi masa depan yang terjamin! 😉

Lindungi Diri Button

Previous Post
Next Post