Tahun 2020 sememangnya tahun yang sukar untuk masyarakat di seluruh dunia. Pandemik, kejatuhan ekonomi, tragedi hitam seperti letupan di Beirut dan tahap kemiskinan yang melampau menagih sokongan dan bantuan dari kita.
Di platform Global Sadaqah anda boleh memilih dari senarai pihak-pihak yang memerlukan bantuan, dan menderma bersama-sama dengan penderma lain untuk mencapai jumlah yang diperlukan dengan cara yang lebih efektif.
Anda boleh memilih sesiapa yang ingin dibantu dan bersama-sama mengumpul dana buat mereka.
Gambar dari Global Sadaqah
Platform ini juga mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang berhak menerimanya.
Rakan dan syarikat korporat di platform Global Sadaqah akan turut memberikan sumbangan sepadan dengan nilai yang berjaya dikumpul. Ketelusan platform Global Sadaqah dapat dilihat dengan paparan jumlah semasa sumbangan yang berjaya diraih setakat ini.
Dengan kerjasama Global Sadaqah bersama HelloGold, anda juga boleh menderma dalam bentuk emas, terus dari aplikasi.
Buat masa ini, sumbangan menerusi HelloGold akan diberikan kepada pihak Global Sadaqah untuk diagihkan kepada pihak-pihak di bawah kempen platform tersebut.
Bersama-sama kita ringankan beban dan mainkan peranan. Mari beramal sambil menyimpan!