Tidak mudah untuk saya memberi pandangan tentang emas, berikutan situasi tegang yang sedang berlaku di Ukraine. Sedikit perkongsian untuk kali ini..
Awal tahun ini, saya ada menulis tentang situasi emas yang bergantung kepada tiga elemen. Jika anda berpendapat bahawa
- Desakan yang berlaku rantaian bekalan global akan bertambah kurang, dan nilai tenaga akan kembali ke tahap pra-pandemik;
- Pembuat dasar akan dapat mengurangkan kadar inflasi ke tahap pra-pandemik; dan
- Risiko geopolitik (sama ada perdagangan di antara AS /China, Turki, Rusia/Ukraine, Taiwan dll) tidak akan menjadi lebih teruk,
maka emas berkemungkinan akan menjunam pada tahun 2022. Sebaliknya, jika anda pesimis dan berfikiran positif terhadap 3 faktor ini, maka emas berkemungkinan akan menunjukkan nilai yang memberangsangkan.
Kita sedang berdepan dengan risiko geopolitik yang semakin memuncak dan emas kembali berlegar di sekitar paras tertinggi berbanding dua tahun sebelum iaitu
AS$1,908 untuk setiap auns. Hal ini disebabkan para pelabur yang mula berpusu-pusu untuk melabur di tempat yang lebih selamat. Situasi ini bersandarkan kepada dolar A.S. yang telah mengukuh sejak dua belas bulan lalu dan meningkat ketika peningkatan pelaburan pada minggu lalu. Dari segi Ringgit, emas telah mencecah paras tertinggi sepanjang 12 bulan iaitu sebanyak RM8,080 untuk setiap auns.
Buat masa ini, kita masih tidak pasti jika perang yang semakin memuncak di Ukraine ini akan mendorong untuk harga emas terus meningkat. Tetapi seperti yang dipertikaikan oleh beberapa penganalisis, aliran selamat atau safe-haven biasanya akan memberi lonjakan untuk jangka pendek. Mungkin ada kebenarannya, kecuali ketika situasi di mana Barat telah mengenakan sekatan yang ketara ke atas Rusia dan ekonomi global sedang mengalami tekanan inflasi yang ketara.
Saya menjangkakan bahawa sekatan akan dilaksanakan selepas pertempuran berakhir (satu-satunya senario di mana sekatan dihapuskan dengan cepat adalah jika terdapat perubahan rejim di Rusia). Saya berfikiran bahawa Rusia akan bertindak balas terhadap sekatan ekonomi dan kewangan yang dikenakan dengan strategi mereka sendiri. Saya juga menjangkakan semua ini akan memberi kesan yang lebih besar kepada situasi inflasi di Eropah secara khusus dan di seluruh dunia secara am. Penggubal dasar dan bank pusat akan lebih tertekan untuk meningkatkan kadar faedah bagi memerangi inflasi. Dalam kes AS, kadar faedah yang lebih tinggi di dalam situasi ketegangan geopolitik yang meningkat berkemungkinan akan membawa hasil kepada dolar yang lebih kukuh. Dolar yang lebih kukuh berkemungkinan melemahkan kuasa untuk membeli mata wang lain termasuk ringgit, lebih daripada melemahkan emas.
Kemungkinan kenaikan emas untuk jangka panjang telah meningkat dengan ketara.