1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » HelloGold kini boleh didapati melalui web

Dengan bangga, kami ingin mengumumkan bahawa HelloGold kini boleh didapati melalui web.

Anda kini boleh mengakses akaun HelloGold anda melalui pelayar web menggunakan mana-mana peranti anda. Dengan menggunakan HelloGold web, anda boleh:

  • Daftar untuk akaun (hanya untuk pengguna baru)
  • Jual beli emas secara serta-merta
  • Semak baki emas anda
  • Mengeluarkan tunai jika anda perlu
  • Menyimpan secara bulanan menggunakan SmartSaver
  • Kirim emas kepada yang tersayang
  • Menebus emas fizikal
  • Rujuk kami kepada keluarga dan rakan-rakan

Saya sudah mempunyai akaun HelloGold di telefon saya. Bagaimana untuk mengaksesnya melalui web?

Jika ia adalah kali pertama anda log masuk ke akaun HelloGold anda melalui pelayar web, anda akan menerima e-mel untuk menetapkan semula kata laluan anda untuk mengaktifkan akses kepada akaun anda melalui web. Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk memastikan penyiapan yang lancar pada versi web.

web app tutorial BM

Adakah kata laluan akaun HelloGold web saya sama dengan kata laluan di telefon?

Untuk sekarang, kata laluan akaun HelloGold web anda berbeza dan terpisah dari kata laluan telefon bimbit anda untuk memastikan keselamatan pengguna. Ia penting untuk diperhatikan bahawa apabila anda menetapkan semula kata laluan anda di web, ia tidak akan mengubah atau mempengaruhi kata laluan akaun HelloGold anda di telefon bimbit.

Memperkemaskan proses log masuk ini akan menjadi langkah seterusnya dalam rancangan kami untuk terus meningkatkan pengalaman anda bersama kami. Perlukan lebih info? Baca Soalan Lazim di sini.

Saya telah daftar akaun HelloGold web, bagaimana saya boleh mengaksesnya melalui aplikasi HelloGold saya di telefon?

Jika ia kali pertama anda mengakses akaun HelloGold anda melalui aplikasi telefon, anda perlu menjalani proses pemulihan akaun (‘Dapatkan Semula Akaun’) melalui aplikasi telefon untuk mengaktifkan akses.

Setelah anda memuat turun aplikasi HelloGold dari Google Play, App Store ataupun Galaxy Store, sila ikut langkah-langkah di sini untuk memulihkan akaun anda. Anda akan diminta untuk menetapkan kata laluan baru untuk log masuk aplikasi telefon anda yang terpisah dari kata laluan log masuk anda melalui web.

Previous Post
Next Post