1 300 130 888 hello@hellogold.com

Halaman Utama » HelloGold Kini Dengan Boost

Kami ingin memudahkan anda untuk menyimpan emas, terutamanya ketika waktu sekarang. Oleh itu, kami bekerjasama dengan rakan kami di Boost untuk menyediakan lebih kemudahan untuk anda menabung demi masa hadapan.

Kini anda boleh mendapatkan akses penuh akaun HelloGold anda serta fungsi yang lain secara TERUS dari aplikasi mudah alih Boost. Ada lagi! Anda juga kini dapat menikmati urus niaga yang lebih cepat dan mudah apabila anda membeli, menyimpan dan menjual emas TANPA sebarang kos pemprosesan.

Jadi bagaimana ingin mula? Ikuti langkah berikut.

Saya mempunyai akaun HelloGold:

Langkah 1: Kemas kini aplikasi Boost dan pilih 'Investment' Langkah 2: Pilih HelloGold Langkah 3: Setuju dengan terma dan sahkan identiti anda Langkah 4: Pilih ‘Language’ & klik ‘Login’ Langkah 5: Masukkan butir log masuk HelloGold web*

*Jika anda masih belum mempunyai butir log masuk HelloGold web, ikut langkah berikut.

Langkah 6: Dan anda berjaya masuk


Saya ialah pengguna HelloGold:

Langkah 1: Kemas kini aplikasi Boost dan pilih 'Investment' Langkah 2: Pilih HelloGold Langkah 3: Setuju dengan terma dan sahkan identiti andaLangkah 4: Pilih ‘Language’, setuju dengan terma & klik ‘Next’ Langkah 5: Lengkapkan pendaftaran akaun HelloGold baharu anda

Mula menyimpan melalui Boost hari ini!

Nota: Sekiranya anda pengguna Android 11, anda mungkin mengalami kesukaran untuk menghantar foto secara langsung dari fungsi kamera dari telefon pintar anda. Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Sementara itu, buka aplikasi kamera anda secara berasingan, ambil dan simpan foto dan kepilkan gambar sebagai fail.

Previous Post
Next Post