Saya ada menulis di dalam catatan terdahulu tentang isu tenaga yang dihadapi China baru-baru ini, yang menggambarkan sukarnya untuk kita memilih di antara pertumbuhan ekonomi atau kesejahteraan bumi ini.
Mujur ramai orang dan syarikat sedang memikirkan penyelesaian yang berpotensi untuk membantu pembangunan ekonomi dan langkah segera untuk menghentikan perubahan iklim. Di antara penyelesaian yang difikirkan, peranan emas dalam menyelesaikan isu ini tidak dapat disangkal lagi. Jarang sekali anda mendengar tentang pelaburan produk kewangan yang boleh membantu melawan perubahan iklim. Emas adalah salah satu daripadanya.
Sejak tahun 1960-an, emas telah digunakan di dalam lapisan kaca untuk meningkatkan kecekapan tenaga dalam bangunan. Perisai inframerah logam ini berupaya untuk mengurangkan haba yang terlalu panas dalam bangunan tinggi yang mempunyai tingkap kaca yang besar dengan penggunaan tenaga yang rendah. Sebagai contoh, bangunan Royal Bank Plaza di Toronto dengan 14,000 tingkap dengan setiap tingkap disalut dengan lapisan emas tulen.
Hubungan antara aplikasi solar dan emas telah berkembang menjadi nanoteknolog sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nanoteknologi telah membolehkan emas digabungkan ke dalam pelbagai sel suria untuk menghasilkan lebih banyak tenaga matahari untuk ditukarkan kepada elektrik.
Sebuah syarikat di Australia telah membangunkan teknologi untuk menyimpan tenaga suria secara langsung sebagai tenaga kimia dalam bentuk metana dan metanol, iaitu alternatif yang berpotensi kepada tenaga bateri. Bayangkan dunia di mana bangunan tinggi menggunakan teknologi suria yang bukan sahaja dapat menyejukkan bangunan tetapi juga memerangkap dan menukar tenaga matahari menjadi elektrik untuk kegunaan bangunan! Di Amerika Syarikat, tentera sedang menyelidik proses penjana mudah alih untuk membolehkan askar di lapangan menyimpan tenaga. Bayangkan sekali lagi keupayaan untuk memanfaatkan kuasa matahari untuk membekalkan elektrik untuk penduduk yang tinggal di kawasan terpencil di negara ini.
Industri solar berpotensi sepertimana industri elektronik yang telah menggunakan emas secara meluas apabila terdapat permintaan dalam penggunaan emas. Teknologi suria berpotensi menggunakan emas, sama ada dalam bentuk nanopartikel atau salutan, dan dikeluarkan secara besar-besaran. Walaupun jumlah emas yang digunakan mungkin kecil, penggunaan sejumlah besar modul solar berasingan akan membawa kepada peningkatan ketara dalam permintaan emas.
Emas bukan hanya cantik berkilau, malah berpotensi untuk menyelamatkan planet kita daripada perubahan iklim suatu hari nanti.
Tambah emas di dalam portfolio anda.
Permintaan industri baharu untuk emas boleh membantu meningkatkan harga emas dan mengukuhkan portfolio kewangan anda. Lindungi kekayaan anda dengan emas dengan mudah melalui pelan SmartSaver automatik kami. Hanya dengan simpanan dari RM30 dan biar kami beli emas untuk anda pada harga terendah setiap hari bekerja. Jimat masa, jimat tenaga! 😉