Sudah hampir 2 tahun sejak kita berdepan dengan COVID-19 dan kesannya masih terasa, bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada komuniti pelarian di negara ini.
PichaEats, sebuah perusahaan sosial yang membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk pelarian, menghidupkan semula Pergerakan Zaza ketika kita dalam tempoh lockdown.
Apakah itu Pergerakan Zaza?
Sebagai penghormatan kepada seorang chef pelarian yang meninggal dunia pada 2017, Pergerakan Zaza telah diwujudkan untuk membolehkan dan memperkasakan chef pelarian untuk memasak dan menghantar makanan yang dimasak itu kepada orang yang memerlukan.
Kempen bulan ini tertumpu kepada sokongan untuk chef pelarian. Sumbangan anda akan membantu mereka membeli bahan masakan, menyediakan makanan dan menghantar makanan untuk mereka yang memerlukan. Dengan sasaran RM50,000, PichaEats menyasarkan untuk menghasilkan 3,931 hidangan, dengan setiap hidangan berharga RM12.72.
Salurkan sumbangan anda secara terus kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Anda boleh mula menyumbang emas dari hanya RM10 kepada [email protected].
Lebih lanjut tentang kempen di sini.