1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Bantu Ibu Tunggal dan 5 Anaknya Untuk Terus Hidup

Kempen Global Sadaqah bulan ini adalah untuk membantu mengumpul dana untuk Puan Rahdeyah, seorang ibu tunggal yang perlu menyara 5 orang anaknya dengan hanya pendapatan RM600 sebulan. Sejak kematian suaminya pada tahun 2014, Puan Rahdeyah telah mengambil alih tugas untuk memastikan kelangsungan hidup keluarganya serta ipar yang sakit.

Anak-anak lelakinya telah berusaha untuk mengekalkan perniagaan perikanan arwah suaminya sambil menjaga bapa saudara mereka. Malangnya, kerana kekurangan modal, mereka tidak dapat menyara diri dari segi kewangan.

Disebabkan situasi ini, Puan Rahdeyah merupakan penerima program MyHAUS YaPEIM yang akan membantu beliau dengan latihan dan kemahiran keusahawanan dalam industri makanan. Program 2 tahun ini akan memberi harapan dan jalan untuk beliau menyara keluarganya.

Anda boleh menderma hari ini dengan menyumbang terus kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Bantuan emas bernilai serendah RM100 boleh disalurkan kepada [email protected].

How to Donate Gold to Global Sadaqah

Derma sekarang button

Lebih lanjut tentang kempen di sini.

Previous Post
Next Post