Walaupun dengan inisiatif pemulihan yang berterusan, kesan daripada banjir pada bulan Disember membuatkan ramai rakyat Malaysia dan pelarian masih memerlukan bantuan daripada kami.
United Arakan Institute Malaysia merupakan sebuah pusat pembelajaran badan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak Rohingya yang kehilangan tempat tinggal serta dilanda banjir. 35 kanak-kanak berjaya dipindahkan dengan selamat, namun hanya beberapa naskah al-Quran, buku sekolah dan komputer riba/gajet berjaya diselamatkan.
Kempen pada bulan ini tertumpu kepada pengumpulan dana untuk bangunan akademik baru UAIM dan keperluan lain di bilik darjah.
Salurkan sumbangan anda secara terus kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Anda boleh mula menyumbang emas dari hanya RM10 kepada hello@globalsadaqah.com.
Lebih lanjut tentang kempen di sini.