Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak merupakan negara termiskin yang juga terkesan teruk akibat daripada pandemik. Wanita di Sarawak yang hidup di dalam kancah kemiskinan sering berdepan dengan isu kekurangan sumber untuk menjalani kehidupan seharian.
Pernah rasa murung dan seperti bukan diri sendiri? Pasti ramai di antara kita yang berdepan situasi yang sama. Isu serius – 29% daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit mental dan 40% daripada mereka akan mengalami sejenis penyakit kesihatan mental untuk sepanjang hayat mereka.
Pada awal tahun 2019, hampir 500 juta rakyat Malaysia mengalami simptom kemurungan dan jumlah itu meningkat ketika endemik. Malangnya, banyak kes tidak dapat dikesan dan tidak dirawat. Oleh itu, Global Sadaqah mengambil inisiatif untuk mengumpul dana bagi pihak Relationary, sebuah pusat kesihatan mental premium yang berpusat di Malaysia yang menyediakan bantuan secara peribadi mahupun dalam talian.
Relationary diketuai oleh Ammar Abuzahra, seorang kaunselor profesional berlesen dari Lembaga Kaunselor Malaysia, yang ingin membantu memecahkan stigma penyakit mental dan membuka ruang untuk perkhidmatan psikoterapi profesional diakses oleh semua lapis masyarakat. Perkhidmatan tersebut termasuk rawatan untuk kemurungan, kemarahan, kebimbangan, disconnection, gangguan personaliti dan banyak lagi.
Derma anda akan menampung kos terapi untuk: 50 orang dengan 10 sesi bagi setiap orang (50 minit satu sesi) ATAU 25 orang dengan 20 sesi bagi setiap orang (50 minit satu sesi)
Selamatkan nyawa dengan menderma kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold hari ini. Mula menderma dengan nilai emas RM25 kepada hello@globalsadaqah.com.
Lebih lanjut tentang kempen di sini.