1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Bantu Pesakit Kanser Yang Kurang Bernasib Baik Di Malaysia

Tahukah anda, kira-kira 50% pesakit kanser berdepan dengan malnutrisi ketika mendapatkan rawatan? Kebanyakan daripada pesakit kanser hilang selera makan dan sukar untuk menelan serta mencerna makanan keras, mengakibatkan mereka kekurangan zat makanan.

Bulan ini, rakan kami di Global Sadaqah menghulurkan bantuan dengan mengumpul dana melalui inisiatif “Homes of Hope” untuk menyediakan Oral Nutritional Supplements dan susu formula percuma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik serta pesakit kanser dewasa yang memerlukan.

Apakah itu Homes of Hope?
Homes of Hope adalah inisiatif yang ditubuhkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia yang menyediakan penginapan percuma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, pesakit kanser dewasa, dan penjaga mereka – dari luar Kuala Lumpur semasa mereka menjalani rawatan di hospital. Oral Nutritional Supplements (ONS) dan susu formula adalah salah satu keperluan yang paling penting di Homes of Hope.

Tingkatkan peluang mereka untuk hidup dengan menyumbang kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Bantuan emas bernilai serendah RM25 boleh disalurkan kepada [email protected].

How to Donate Gold to Global Sadaqah

Derma sekarang button

Lebih lanjut tentang kempen di sini.

Previous Post
Next Post