Pandemik Covid-19 memberi impak yang besar kepada sistem perubatan kita, bukan sahaja kepada petugas barisan hadapan malah kepada ramai rakyat Malaysia. Dua bulan yang lalu, Raveen Arun, telah menerima berita tragis mengenai bapanya yang berusia 61 tahun. Arunaghiri Nathan disahkan mengidap Covid-19 tahap 4 dan keadaan bertambah buruk apabila beliau tidak diberi tempat di hospital awam yang ditetapkan untuk pesakit Covid.
Disebabkan kekurangan katil, Raveen terpaksa memasukkan bapanya ke hospital swasta di Pusat Perubatan Klang Sri Kota dan membayar deposit sebanyak RM20,000. Bapa Raveen pada mulanya sihat pada hari ke 7, malangnya kesihatan beliau merosot pada hari ke 8. Disebabkan itu, doktor terpaksa membuat intubasi kepada bapanya kerana gas darah beliau tidak teratur selama 30 hari. Selepas sebulan menderita, doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan trakeostomi ke atas bapa Raveen dengan harapan keadaan akan bertambah baik. Malangnya, bapa Raveen mengalami jangkitan paru-paru kali kedua sejurus selepas pembedahan berjaya disebabkan banyak masa beliau di ICU. Doktor percaya bahawa ia akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk bapa Raveen pulih daripada kerosakan paru-paru dan menasihatkan Raveen untuk memindahkan bapanya ke penjagaan kejururawatan dengan mesin BIPAP dan kemudahan penumpuan oksigen. Ketika keputusan baru di buat, bapa Raveen rebah tanpa sedar sekali lagi dengan tekanan darahnya merosot akibat penyumbatan lain pada trakeotomi.
Bapa Raveen kini memerlukan rawatan perubatan segera dengan fisio yang kerap dan sedutan tersumbat atau blockage suction perlu dilakukan. Raveen akhirnya telah memindahkan bapanya ke rumah jagaan yang dipanggil Genesis Nursing Care dimana bapanya dikehendaki menggunakan oksigen 20L dan doktor melihat tindak balas positif walaupun hanya perlahan. Raveen membayar RM6,000 sebulan untuk rumah jagaan bapanya. Perkara ini telah memberi tekanan kepada seluruh keluarga kerana wabak itu telah menjejaskan kewangan mereka. Cabaran utama Raveen datang daripada hakikat bahawa dia kini perlu menyelesaikan baki bil hospital bapanya. Jumlah bil hospital bapa Raveen mencecah RM 388,122.90 yang mana Raveen telah pun membayar RM 268,365.55 melalui dana yang diperoleh daripada saudara mara, simpanan keluarga, dan juga dikeluarkan daripada wang KWSP ibunya. Raveen kini perlu mengumpul RM100,000 lagi untuk membantu menyelesaikan bayaran bil perubatan bapanya.
Bagaimana anda boleh membantu?
Dengan menderma, anda akan membantu Raveen membantu membayar perbelanjaan perubatan bapanya dan memastikan kelangsungan hidup beliau.
Salurkan sumbangan anda melalui aplikasi HelloGold mengikut langkah berikut. Kirim emas dengan mudah ke hello@globalsadaqah.com
Lebih lanjut tentang kempen di sini.