1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Makanan untuk yang Memerlukan dan Gelandangan di Kuala Lumpur

Anda masih ingat kali terakhir anda lapar? Hanya dengan beberapa langkah, anda boleh mendapatkan sesuatu untuk makan dari peti sejuk bukan? Tetapi bagaimana pula ketika anda tidak mampu untuk membeli makanan? Pada bulan ini, anda boleh membantu memberi makanan kepada golongan gelandangan dan tidak bernasib baik dengan menyumbang dana melalui Global Sadaqah kepada Dapur Mesra PERTIWI.

Apakah Dapur Mesra PERTIWI?

Dapur Mesra PERTIWI adalah projek komuniti yang menyediakan makanan secara berkala kepada gelandangan dan mereka yang memerlukan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur, walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Di antara 600-1200 paket makanan diagihkan setiap hari dan nilai RM1,500 boleh memberi makan kepada sekurang-kurangnya 300 orang.

Badan kita tahu yang kita memerlukan makanan yang mencukupi sebagai bahan bakar untuk terus hidup. Makanan memberi kita tenaga untuk berfikir, bekerja dan meneruskan kehidupan seharian. Realiti sebenar yang berlaku hari ini adalah apabila masih ramai kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas di Malaysia yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi atau nutrisi seimbang.

Dengan menderma, anda akan membantu untuk:

  • Bayar katering untuk memasak makanan panas (500 orang x RM5/hidangan x 30 hari)
  • Dapur Mesra PERTIWI mengagihkan bungkusan makanan sihat asas dan air bersih setiap seminggu selama 4 malam di kawasan sekitar bandar
  • Pastikan operasi Dapur Mesra PERTIWI terus berjalan untuk bantu lebih ramai orang

Salurkan sumbangan anda melalui aplikasi HelloGold mengikut langkah berikut. Kirim emas dengan mudah ke [email protected]

How to Donate Gold to Global Sadaqah

Derma sekarang button

Lebih lanjut tentang kempen di sini.

Previous Post
Next Post