1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama ยป Peralatan Perubatan Kecemasan Diperlukan di Hospital Johor

Petugas barisan hadapan kita memerlukan bantuan dan sokongan anda! ๐Ÿ’ช๐Ÿผ Minggu lepas, Malaysia merekodkan 6,380 kes baharu yang disahkan dan banyak hospital dan pusat kuarantin sedang bergelut untuk menyelamatkan nyawa dengan kemudahan yang telah mencapai tarikh luput dan peralatan perubatan yang semakin terhad.

Kempen bulan ini tertumpu kepada pengumpulan dana untuk mengembangkan kemudahan pusat kuarantin dan hospital utama di Johor dengan 350 kakitangan yang merawat lebih 200+ pesakit Covid-19 pada masa tertentu.

Bantuan anda akan dapat membantu menambah baik:

  1. Sistem gas perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang menghubungkan oksigen dan menyalurkannya kepada pesakit kritikal di bilik dekontaminasi.
  2. Penghalang berhampiran lobi kaunter hadapan kerana sangat terdedah kepada kehadiran pergerakan pesakit.
  3. Kesesakan akibat peningkatan bilangan pesakit Covid menyebabkan ramai orang menunggu di luar premis hospital, dengan ramai yang terpaksa berbaring di atas lantai atau duduk di atas tanah. Pihak hospital memohon katil tambahan, kerusi malas dan oksimeter untuk menangani situasi ini dan membantu pesakit yang datang.

Jumlah kos menaik taraf kemudahan yang diperlukan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital ialah RM74,950. Di bawah adalah apa yang diperlukan:

  • Anggaran kos awal untuk kerja mekanikal: RM17,350
  • Bayaran sivil dan mekanikal: RM33,600
  • Kos kerusi malas (RM200 X 20 unit) = RM4,000
  • Katil hospital (RM800 ร— 20 unit) = RM16,000
  • Oximeter (RM100 x 30 unit) = RM3,000

Salurkan sumbangan anda secara terus kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Anda boleh mula menyumbang emas dari hanya RM10 kepada [email protected]

How to Donate Gold to Global Sadaqah

Derma sekarang button

Lebih lanjut tentang kempen di sini.

Previous Post
Next Post