Bayangkan anda terpaksa meninggalkan rumah anda dan berpindah ke negara baharu di mana anda tidak mempunyai hak untuk bekerja atau mempunyai pendidikan. Malangnya, ini yang sedang berlaku kepada 181,000 pelarian berdaftar dan pencari suaka di Malaysia.
Tahukah anda bahawa Malaysia bukan sebahagian daripada Konvensyen Pelarian PBB? Ini bermakna ramai pelarian tidak dibenarkan bekerja atau mendapat akses kepada pendidikan di sekolah atau universiti awam di Malaysia.
Untuk memberi peluang kepada pelarian untuk hidup, kempen Sadaqah Global bulan ini mengumpul dana untuk program peningkatan kemahiran berasaskan keusahawanan untuk 50 belia pelarian Somalia, Palestin dan Afghanistan yang tinggal di Malaysia.
Program Keusahawanan Selama 8 Bulan oleh Accelerate Global dan Fugee Org ini akan membantu 50 belia dengan menjadikan hobi dan kemahiran mereka sebagai perniagaan yang dapat menjana wang, sekali gus membolehkan mereka mencapai kemampanan kewangan, mengekalkan kehidupan mereka dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Sumbangan anda akan menampung yuran untuk program peningkatan kemahiran keusahawanan selama 8 bulan dan langganan Aceducation di mana mereka mempunyai akses untuk belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Anda boleh menderma hari ini dengan menyumbang terus kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Bantuan emas bernilai serendah RM100 boleh disalurkan kepada hello@globalsadaqah.com.
Lebih lanjut tentang kempen di sini.