1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Sumbangan untuk Kita Jaga, aplikasi rakyat Malaysia

Hampir lebih 500 hari Malaysia berdepan dengan pandemik Covid-19 dan ia menjadi kesan kepada kesihatan mental, fizikal dan emosi. Pada lima bulan pertama tahun 2021, Polis Diraja Malaysia telah merekodkan 468 kes bunuh diri.

Walaupun kempen #BenderaPutih telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia, adalah sukar untuk kita membantu lebih ramai orang tanpa platform utama sebagai rujukan dan saluran bantuan. Kita bernasib baik kerana aplikasi Kita Jaga diwujudkan bagi memudahkan bantuan disalurkan dan kini mereka memerlukan sokongan kita untuk terus beroperasi.

Apa itu aplikasi Kita Jaga?

Aplikasi Kita Jaga memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat bantuan atau untuk menyalurkan bantuan dalam satu platform. Anda boleh:

  • cari atau tanda lokasi utama bank makanan,
  • cari mereka yang memerlukan bantuan atau yang boleh membantu, dan
  • hubungi individu dalam hanya beberapa minit tanpa perlu menunggu berjam-jam

Disebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, platform ini perlu penambahbaikan dan lebih sokongan untuk mereka mengekalkan kualiti perkhidmatan dan terus beroperasi. Dengan menderma, anda akan membantu menampung perbelanjaan operasi yang seterusnya akan membolehkan inisiatif ini terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia.

Pecahan Perbelanjaan:

  • Kos overhead (Pasukan Pembangun + Pereka + Sokongan) =RM 53,000
  • Pentadbiran am dan projek = RM 10,500
    Jumlah: RM63,500 sebulan

Salurkan sumbangan anda melalui aplikasi HelloGold mengikut langkah berikut. Kirim emas dengan mudah ke [email protected]

How to Donate Gold to Global Sadaqah

Lebih lanjut tentang kempen di sini.

Previous Post