1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Bantu Sediakan Perkhidmatan Pembasmian Kuman ke kawasan COVID-19 dengan Global Sadaqah

Dengan jumlah kes COVID-19 yang melambung tinggi pada bulan lalu, jelas bahawa kita masih belum menang dan ini memberi tekanan yang besar kepada barisan hadapan. Untuk membantu meratakan lekukan pada bulan ini, rakan kami di Global Sadaqah akan mengumpul dana untuk membantu menyediakan perkhidmatan pembasmi kuman ke kawasan yang terjejas dengan COVID-19.

Apakah #KamiKitaBantu?

#KamiKitaBantu adalah inisiatif yang diasaskan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), Min Qalby Foundation, Teepol Malaysia dan Global Sadaqah untuk membantu barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Seiring dengan saranan pemimpin negara untuk membersih dan membasmi kuman dengan kerap, kempen ini bertujuan menyokong usaha MRA untuk menyediakan sebanyak mungkin kemudahan pembersihan dan pembasmian kuman ke kawasan yang terjejas dengan COVID-19 di seluruh Malaysia. 

Teepol Malaysia akan memacu usaha ini dengan menyediakan pembasmi kuman premium Hydrogen Peroxide (AHP) iaitu salah satu pembasmi kuman yang pantas bertindak dan selamat untuk memerangi penyakit berjangkit. 

Mari sama-sama berganding bahu dengan memastikan persekitaran untuk pegawai perubatan dan petugas barisan hadapan kita adalah selamat. 

Berikut adalah cara untuk anda menyumbang secara terus melalui aplikasi HelloGold:

How to Donate Gold to Global Sadaqah

Lihat kempen di sini.

 

Previous Post
Next Post