Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak merupakan negara termiskin yang juga terkesan teruk akibat daripada pandemik. Wanita di Sarawak yang hidup di dalam kancah kemiskinan sering berdepan dengan isu kekurangan sumber untuk menjalani kehidupan seharian.
Kempen Global Sadaqah bulan ini mempunyai dua misi iaitu membantu ibu tunggal miskin menjadi usahawan dan menyelamatkan alam sekitar. WormingUp akan melatih wanita Sarawak dengan kemahiran menjahit untuk menghasilkan beg runcit kitar semula yang diperbuat daripada kain dan plastik terpakai. Inisiatif ini akan membantu wanita ini menambah pendapatan untuk menyara keluarga mereka.
Derma anda akan disalurkan kepada operasi, peralatan dan sumber yang diperlukan untuk program latihan.
Anda boleh menderma hari ini dengan menyumbang terus kepada Global Sadaqah melalui aplikasi HelloGold. Sumbangan berbentuk emas bernilai RM25 boleh dihantar terus ke hello@globalsadaqah.com.
Lebih lanjut tentang kempen di sini.