1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Gaya Hidup Pintar Dengan HelloGold

Memasuki bulan Ogos, orang ramai sudah mula kembali kepada rutin harian dengan beberapa kebiasaan baharu yang perlu diterapkan, sambil kita terus mengikuti perkembangan terbaru mengenai kes-kes COVID-19. Ada lagi kah kes baru? Adakah kita akan mengalami gelombang kedua yang lebih teruk?

Melihat semula pada tempoh PKP yang lalu, pastinya terdapat pelbagai rutin baharu yang telah mengubah gaya hidup kita seharian. Seperti saya sendiri, saya mula belajar memasak (bukan setakat megi!), saya mula bercucuk tanam (semua masih hidup…), dan mengutamakan produk buatan tempatan. Saya juga meluangkan banyak masa membaca buku-buku digital yang dipinjam dan bersenam di balkoni rumah.

Pendek cerita, rutin harian saya kini lebih mesra alam, jimat, dan yang paling penting, saya tidak rasa tertekan atau terbeban. Jika pengalaman PKP anda serupa, perubahan yang kita rasakan tentunya membuka perspektif baharu tentang gaya hidup yang berbeza – gaya hidup yang masih boleh diteruskan sama ada COVID-19 terus berleluasa, atau tidak, demi kepentingan mental, fizikal dan keadaan kewangan kita.

Pengalaman ini membuatkan saya sedar, saya tak rindukan kemewahan yang dimiliki sebelum COVID-19.  Saya sedar yang hidup tanpa berlebih-lebih sudah cukup – rasa tenang melihat tanaman saya tumbuh (boleh petik sendiri sayur); dan secara jujurnya, rasa takut untuk menaiki kapal terbang yang penuh dengan penumpang membuatkan saya langsung tak rasa nak ‘merayau’. Paling penting sekali, PKP membuat saya sedar betapa pentingnya kesihatan ahli keluarga –  masa yang dapat diluangkan bersama yang tersayang. 

Saya tidak abaikan perihal kewangan. Cuma, keutamaan saya telah berubah – ia bukan lagi tentang berapa besar hasil pelaburan tetapi lebih kepada memastikan bahawa kewangan ahli keluarga saya stabil; bukan lagi untuk masa depan sahaja tetapi lebih kepada menikmatinya sekarang dengan meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama keluarga. Kuncinya adalah untuk mencari masa dan tenaga untuk fokus pada keutamaan baharu dengan memastikan ada cara mudah dan pintar lain yang boleh menjaga kebajikan kewangan anda.

Perubahan ini juga membuatkan saya terimbas semula pengalaman kami membangunkan HelloGold, dan menguatkan lagi penyebab mengapa ia dilancarkan. Hari ini, HelloGold semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian para pengguna tanpa mengira kecil atau besar pendapatan mereka.

Ketika kami melancarkan HelloGold pada tahun 2017, kami ingin membekalkan rakyat Malaysia dengan sebuah platform pintar mudah alih yang memudahkan aktiviti menyimpan emas. Keutamaan kami adalah memastikan ia berpatutan (bermula dari RM1) dan mudah dengan menjadikannya tersedia 24 jam sehari. Untuk menjadikannya lebih pintar, kami memperkenalkan pelan SmartSaver pada tahun 2018, pelan yang memberikan kebebasan kepada pelanggan kami untuk membiarkan simpanan emas mereka berkembang dengan sendirinya. Buat tetapan simpanan bulanan, tetapkan cara pembayaran dan HelloGold uruskan selebihnya. Lebih lagi tentang SmartSaver di sini.

Perancangan kami yang seterusnya adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia untuk menyimpan baki duit belanja dengan membundarkan sebarang bentuk pembelian dan menyimpan baki tersebut. Apabila fungsi ini dilancarkan nanti, HelloGold boleh membantu pelanggan untuk menyimpan baki dalam nilai sen, jadi ia dapat memberikan lebih perlindungan kepada kewangan mereka tanpa sedar, membolehkan mereka fokus kepada perkara lain yang lebih penting. Jika ditanya apa yang membuatkan saya paling terkesan dengan COVID-19 – jawapan saya adalah masa bersama keluarga adalah pelaburan yang paling bernilai, bukan wang. Ya, wang itu penting, tetapi masa yang diluangkan bersama semestinya lebih bermakna.

Previous Post
Next Post