Rakan-rakan saya sentiasa bertanya sama ada sekarang masa yang sesuai untuk membeli emas, lebih-lebih lagi sejak 6 bulan yang lepas. Jawapan saya sama sahaja – “setiap masa adalah waktu yang terbaik untuk membeli emas, apatah lagi jika portfolio pelaburan anda hanyalah dalam bentuk matawang pasaran membangun seperti Ringgit.”
Hujung minggu yang lalu teman rapat saya juga bertanya, berapa banyak lagi keuntungan harga emas yang boleh diperoleh berikutan prestasinya baru-baru ini?
Saya memberinya peringatan bahawa emas perlu dilihat sebagai ‘polisi insurans’ untuk pelaburan yang dia miliki, dan bukan pelaburan biasa yang dibeli dan dijual dalam tempoh 6 bulan akan datang. Perbualan kami bertukar hangat sebelum saya mula berkongsi pengalaman peribadi saya sendiri.
Samalah seperti dia, saya juga mahu buat duit sebanyak yang mungkin – saya juga ada banyak kos pendidikan anak-anak yang perlu dibayar! Namun, rasanya saya lagi tidak sanggup melihat nilai simpanan lenyap begitu sahaja. Tidak seperti rakan saya tadi, saya bukanlah seorang yang berani mengambil risiko yang besar.
Apabila kami melancarkan HelloGold pada April 2017, emas ketika itu berharga RM200/gram dan KLCI berada pada tahap selesa iaitu lebih dari 1,700. Memandangkan saya telah pun melabur dalam pasaran saham Malaysia, baki simpanan yang ada saya simpan ke dalam bentuk emas. Untuk 18 bulan pertama, rasa macam itu satu kesilapan yang besar – sehingga September 2018, walaupun KLCI stabil, emas telah menjunam sehingga 10%. Tetapi, saya biarkan kerana saya menganggap emas sebagai insurans – samalah seperti membeli insurans setiap tahun, kita berharap agar tiada tuntutan perlu dibuat, sebab jika perlu dituntut maknanya sesuatu yang buruk telah berlaku.
Sumber: Yahoo Finance
Namun demikian, sejak September 2018, nilai emas telah meningkat sebanyak 70% berbanding KLCI yang merosot sehingga lebih daripada 10%. Jadi, saya tidak rugi atau hilang duit pun dengan emas, malah lebih untung.
Melihatkan anak sulung saya yang sedang memulakan pengajiannya dalam bidang undang-undang, saya mampu membayar yuran pengajian dengan menjual emas yang saya miliki sejak beberapa tahun yang lepas. Malah, saya tidak perlu menjual saham saya yang kelihatan agak suram buat masa kini, dengan harapan nilainya bakal pulih apabila keadaan ekonomi lebih baik.
Habis bercerita, saya tanya semula kepada rakan saya tadi – apa insurans yang dia miliki untuk melindungi pelaburannya?
Jawapannya? Langsung tidak ada.
Saya tak dapat buka pendaftaran saya.