1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Emas vs Simpanan Tetap: Mana yang lebih baik?

Masih tercari-cari cara terbaik untuk simpan duit atau kembangkan lagi simpanan?

Emas dan simpanan tetap (fixed deposit) adalah antara 2 pilihan yang bijak, jika anda inginkan jenis pelaburan berisiko rendah.

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, lihat carta di bawah:

 

Infografik perbandingan emas dan simpanan tetap

 

Sebelum membuat keputusan untuk memilih akaun simpanan emas atau akaun simpanan tetap, anda patut pertimbangkan:

Apakah pulangan yang saya terima?

Pulangan Emas

 

Perkara penting yang anda perlu tahu terlebih dahulu adalah, turun naik nilai emas berlaku dalam jangka masa yang pendek. Akan tetapi, dalam tempoh jangka masa panjang, nilai emas meningkat secara stabil dan berkemungkinan memberikan simpanan anda pulangan yang lebih tinggi.

Dari tahun 2000-2019, nilai emas telah meningkat secara purata sebanyak 8.91% setahun (MYR).

Carta 20 tahun prestasi harga emas dunia

 

Pulangan Simpanan Tetap

 

Seperti namanya, akaun ini memberikan anda jaminan pulangan yang tetap. Kebanyakan kadar pulangan simpanan tetap adalah dari 3%-4% setahun, menjadikannya lebih baik jika dibandingkan dengan akaun simpanan biasa (2% setahun).

Pihak bank menawarkan faedah yang lebih tinggi jika anda mengekalkan simpanan tetap dalam tempoh yang lebih lama, dan juga sebaliknya (faedah rendah untuk jangka masa pendek).

Sesetengah pihak bank ada menawarkan pulangan sehingga 5% dalam jangka masa pendek (1 bulan), jika anda meletakkan deposit yang lebih tinggi, iaitu minimum dari RM1,000 hingga RM10,000.

Untuk perbandingan yang lebih mudah, berikut adalah pulangan yang anda akan terima pada Januari 2020 jika anda melabur dengan RM1,000 pada Januari 2019:

Semak carta harga emas untuk membuat perbandingan harga.

 

Carta perbandingan pelaburan dan pulangan antara emas dan simpanan tetap

Semak Rekod Harga Emas untuk buat perbandingan

Risiko yang perlu ditanggung

 

Pulangan Simpanan Tetap mungkin terjejas dengan kadar inflasi yang tinggi

 

Secara purata, kadar inflasi tahunan di Malaysia adalah pada sekitar 2.4% (2014-2018). Pada Januari 2020, kadar inflasi dianggarkan mencecah 2.10% setahun. Ini bermaksud, pulangan (rendah) yang bakal anda peroleh mungkin tidak memadai dengan kadar inflasi semasa.

Ketika kadar inflasi meningkat, contohnya pada tahun 2017 di mana ia mencecah sehingga 5.1% setahun, nilai simpanan tetap anda akan merosot.

Walau bagaimanapun, pulangan kecil atau besar adalah lebih baik dari tiada pulangan. Jadi, anda boleh tarik nafas lega memikirkan pulangan yang bakal anda terima adalah terjamin.

Lain pula situasinya dengan emas yang sememangnya dikenali dengan sifat kalis inflasi. Jika anda lihat pada purata perkembangan emas tahunan (2014-2018), anda boleh melihat nilainya berkembangan seiring dengan inflasi, pada waktu yang sama, dengan purata 5.3% setahun.

Berbanding dengan simpanan tetap, pulangan emas tidak dijamin atau tetap, serupa dengan jenis-jenis aset yang lain.

Fleksibiliti dan akses

 

Dengan akaun simpanan emas, anda boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa sahaja. Emas adalah aset mudah dicairkan, bererti anda boleh menjualnya semula dengan segera bila-bila masa anda memerlukan wang tunai seperti waktu kecemasan.

Begitu juga dengan simpanan tetap di mana anda boleh mengakses wang bila-bila yang anda perlu; walau bagaimanapun, pulangan anda mungkin terjejas jika anda mengeluarkan wang sebelum tamat tempoh perjanjian.

Jadi, saya patut pilih yang mana?

 

Kita semua tahu yang nilai emas sememangnya meningkat dalam jangka masa panjang. Anda berpotensi untuk meningkatkan simpanan anda dengan emas berbanding simpanan tetap, tetapi seperti juga aset-aset lain, emas tidak datang dengan jaminan.

Akaun simpanan emas adalah pilihan yang lebih jika anda merancang untuk mengekalkan dan mengembangkan simpanan selama 3-5 tahun.

Jika anda ingin mengasingkan sejumlah wang untuk jangka masa yang pendek dan tertentu, simpanan tetap adalah jawapannya. Sudah tentu, pulangan yang rendah bukan sesuatu yang hebat, tetapi ia lebih baik dari tidak memiliki apa-apa bukan?
Masih sukar untuk buat keputusan? Anda boleh cuba kedua-duanya. Pelbagaikan portfolio simpanan, seimbangkan risiko aset pelaburan anda.

Dapatkan akaun simpanan emas tanpa deposit minimum

 

Anda ingin menikmati kelebihan emas tanpa wang pendahuluan minimum beserta jaminan keselamatan dan kemudahan seperti akaun simpanan tetap?

Cubalah HelloGold. Aplikasi simpanan emas mudah alih ini direka untuk menjadikan simpanan emas mampu dimiliki dan selamat untuk anda.

Dengan HelloGold, anda dapat menikmati:

  • Pendaftaran PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk membuka akaun simpanan emas.
  • Tiada pembelian minimum (cth: 1g) diperlukan. Malah, beli emas dengan serendah RM1.
  • Kebebasan untuk membeli, menjual dan menyimpan pada bila-bila masa.
  • Emas fizikal gred pelaburan 99.99% . Diinsuranskan sepenuhnya.
  • Akaun simpanan emas, segalanya di hujung jari.

 

Belum cuba, belum tahu. Jom muat turun aplikasi hari ini dan sertai beribu lagi rakyat Malaysia yang sudah pun memulakan simpanan dengan HelloGold!

Ada pertanyaan tentang akaun simpanan emas ini? Ajukan soalan anda menerusi laman sosial kami:

Facebook: https://www.facebook.com/myhellogold

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/hellogold/

Twitter: https://twitter.com/myhellogold

Previous Post
Next Post