1 300 130 888 hello@hellogold.com

Halaman Utama » Emas Bakal Menjunam Lagi?

Jun bukan bulan terbaik untuk emas – hilang hampir 6.5% di sepanjang bulan. Malahan, bulan ini bukan bulan yang terbaik untuk ramai pelabur – KLCI jatuh 3.2% dan Bitcoin jatuh 5.5%. Saya ingin meletakkan kejatuhan menjunam ini pada perspektif dan menyatakan pandangan alternatif saya terhadap emas.

Pelabur atau pedagang?

Adakah saya bimbang dengan emas? Tidak. Tetapi sebelum saya terangkan mengapa saya tidak bimbang, saya ingin menegaskan bahawa saya bukan pedagang sebaliknya seorang pelabur. Sebagai seorang pelabur, saya selalu membeli dan menyimpan emas dalam tempoh yang lama – untuk saya, sekitar lebih 2 tahun. Pedagang pula selalunya masuk dan keluar dari posisi dalam tempoh masa yang singkat seperti beberapa bulan dan minggu berbanding beberapa tahun sambil mengambil keuntungan yang kecil dan kerap. Saya tidak berdagang kerana tidak gemar berdepan risiko. Berdagang sememangnya sangat menarik untuk mendapatkan wang dengan cepat. Namun, seperti berjudi, berdagang juga boleh membawa kepada kerugian yang besar dalam masa yang singkat. Berlabur pula pada saya membawa kepada keuntungan kecil dalam jangka masa yang pendek, tetapi pada masa yang sama saya dapat mengelak dari berdepan kerugian yang besar. Apa pun pilihan anda sama ada menjadi pelabur atau pedagang, soalannya terletak pada kesediaan anda untuk berdepan dengan risiko. Oleh itu untuk saya, pergerakan kecil yang berlaku bukanlah sesuatu yang dibimbangi jika sebab utama saya berada di posisi ini masih tetap sama.

Kelemahan Pasaran

Dengan kedudukan saya sebagai pelabur telah diterangkan, mengapa saya tidak bimbang dengan prestasi emas dalam bulan June? Lihat penurunan mendadak pada 1 Jun iaitu dari US$1,907.75 setiap auns kepada US$1,870.97 setiap auns pada 2 Jun – kadar perbezaan pada US$36.78 atau 2% dalam tempoh 24 jam sebagai salah satu contoh prestasi emas pada bulan Jun. Pada bulan Mac 2020, emas mengalami penurunan sehingga US$200 atau 12% dalam tempoh 10 hari sebelum emas meningkat kepada lebih US$2,000. Saya percaya perkara ini tidak dapat dielakkan dalam pasaran “bull”- merujuk kepada dengan kelemahan pasaran S&P 500 dari Perang Dunia Kedua “Sebahagian besar penurunan di dalam lingkungan 5-10 peratus melihat kepada kadar pemulihan purata sekitar satu bulan, manakala penurunan di dalam lingkungan 10-20 peratus melihat kepada kadar pemulihan purata sekitar empat bulan. Kelemahan pasaran dalam lingkungan ini bukanlah sesuatu yang asing di dalam kitaran pasaran. Walaupun ia boleh mengganggu emosi, secara am ia tidak akan memberi kesan nyata terhadap kepelbagaian portfolio ini dan semestinya bukan sebab untuk kita panik.”

Inflasi

Perkara ini kemudian membawa kepada persoalan – mengapa saya percaya pasaran emas masih mempunyai kelebihan. Ramai orang di dalam pasaran AS berpendapat bahawa Persekutuan Amerika Syarikat berkemungkinan akan terus mencetak lebih banyak wang tanpa kesan inflasi yang jelas dan lonjakan inflasi baru-baru ini hanya sementara kerana permintaan yang tinggi dan rantaian bekalan yang terjejas. Saya percaya bahawa akan terus mencetak wang dalam jangka masa terdekat dan akan datang tetapi saya tidak percaya bahawa perkara ini tidak akan memberi kesan kepada inflasi. Saya juga berpendapat bahawa inflasi 5% baru-baru ini tidak bersifat sementara. Sejak wabak ini bermula, sebilangan siri data inflasi menunjukkan momentum yang sama dengan tahun 2008. Seseorang harus menerima kesannya. 

Chart of global inflation & retail spending

Jika inflasi kekal tinggi, maka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin tidak mempunyai pilihan selain berhenti dari mencetak wang. Sekiranya mereka mengambil langkah untuk menghentikan kecairan tersebut, saya seperti yang lain percaya bahawa ini menandakan permulaan kepada kesan yang lebih besar.

Saya bimbang dengan inflasi global. Begitu juga dengan Paul Tudor Jones, seorang pengurus dana lindung nilai jutawan, yang dikreditkan apabila meramalkan kejatuhan pasaran saham pada 1987. Dalam wawancara baru-baru ini bersama CNBC, Jones menyatakan bahawa “Jika mereka (Persekutuan Amerika Syarikat) melihat kepada nombor ini (inflasi) yang jelas sangat penting dan tidak memberikan perhatian sewajarnya, saya rasa ini memberi kita makna bahawa perdagangan inflasi akan berlaku”. Beliau mengakhiri wawancara dengan berkata “Saya mahukan 5% dalam emas, 5% dalam bitcoin. 5% dalam tunai, 5% dalam komoditi….Saya tidak tahu apa yang saya mahu lakukan dengan 80% yang lain kerana saya mahu melihat apa yang Persekutuan akan lakukan.”

¹ Sumber: Investing.com. Harga emas dari XAU/MYR, harga KLCI dan Bitcoin diambil dari 31 May 2021 – 30 June 2021.