1 300 130 888 hello@hellogold.com

Halaman Utama » Perubahan Iklim, Ekonomi dan Emas

Setelah beberapa bulan varian delta menjadikan Asia Tenggara sebagai salah satu kawasan di dunia yang paling teruk terkesan, akhirnya kita kini dapat melihat penghujungnya. Malaysia, termasuk banyak negara lain di dunia, sedang mempelajari cara untuk meneruskan kehidupan dengan virus ini – untuk hidup di dunia endemik.

Potensi ramifikasi untuk pelabur adalah besar – apabila semuanya kembali kepada normal. Tetapi saya melihat dari segi dapatan pulangan yang penuh dengan risiko ketara.

Apakah risiko yang bakal dihadapi??

Walaupun dengan harapan tiada lagi sekatan pergerakan ekstrem akan dikuatkuasakan di samping varian delta yang masih tersebar luas, pertumbuhan ekonomi masih menurun. Baru-baru ini, Dana Monetari Antarabangsa (International Monetary Fund) memberi amaran bahawa ekonomi global akan terus ‘terganggu’ dengan virus ini. Ini adalah berita yang penting – berita ‘baik’ jika anda lihat dari satu segi.

Salah satu isu yang lebih rumit – momentum dua ekonomi terbesar di dunia, Amerika Syarikat dan China, semakin perlahan. Seperti yang dijangka – sebahagian sebab adalah disebabkan oleh kesan Covid. Namun saya percaya isu ini juga berkaitan dengan perjuangan kita melawan perubahan iklim. Dunia kita jauh ketinggalan dalam usaha untuk mengelakkan bencana iklim dengan banyak negara didesak untuk menghentikan pembakaran bahan fosil.

Jadi, apa kaitan usaha untuk selamatkan bumi dengan ekonomi dunia?

Apa yang terjadi di China baru-baru ini memberi petunjuk baik kepada apa yang akan terjadi pada masa hadapan. China telah mengetatkan peraturan perlombongan – dengan penutupan lombong yang kecil dan tidak cekap serta membataskan pengeluaran arang batu. Pengurangan pengeluaran arang batu seterusnya membawa kepada kenaikan harga arang batu.

Di dalam kes China di mana harga elektrik dikawal, syarikat utiliti memilih untuk berhenti menghasilkan elektrik daripada berdepan dengan kerugian. Kilang sudah semestinya terpaksa berhenti daripada beroperasi kerana ketiadaan elektrik. Rantaian bekalan terus terganggu dan harga barangan berkemungkinan akan naik – membawa kepada tekanan inflasi. Walaupun harga elektrik tidak dikawal, kita masih akan terkesan. Syarikat utiliti akan menaikkan harga, kilang juga akan turut serta dan akhirnya harga barang kepada pelanggan juga akan dinaikkan. Ini adalah tekanan inflasi.

Bukan itu sahaja. Walaupun tanpa kenaikan harga bahan bakar fosil, masih terdapat satu masalah besar. Banyak industri seperti keluli, percetakan, tekstil, kayu, bahan kimia, plastik dan pembuatan barang perlu mencari cara untuk mengurangkan kesan tenaga atau ‘energy foorprint’ mereka. Sekali lagi, menggunakan China sebagai contoh di mana pemerintah mengenakan sekatan penggunaan elektrik pada sektor intensif tenaga dalam memerangi perubahan iklim, penutupan kilang yang berpanjangan akan mengakibatkan tekanan output dan rantai bekalan berkurang. Perkara ini masih membawa kita kepada tekanan inflasi.

Tidak mengejutkan apabila isu-isu ini akhirnya menyebabkan China menarik balik usaha mereka terhadap perubahan iklim. Tiada lagi agenda usaha terhadap perubahan iklim.

Masih ada harapan?

Sekiranya kita ingin memenangi usaha untuk menyelamatkan planet ini untuk anak-anak kita dan generasi akan datang, agenda ‘net zero emission’ berkemungkinan akan memberi petunjuk kepada kita dan kemungkinan yang akan berlaku pada hadapan – bukan sahaja di China tetapi di seluruh dunia. Tambahan lagi, para saintis menegaskan bahawa kita tidak dapat menangguhkan lagi usaha bersama dalam mengurangkan pelepasan atau ‘emission’ – jika kita masih ingin berpeluang untuk mencegah bencana perubahan iklim.

Saya percaya perkara ini sangat rumit. Walaupun saya sangat berharap agar pemerintah di seluruh dunia memiliki keberanian untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat mereka, generasi hadapan dan untuk planet ini, keyakinan saya sama sekali tidak tinggi dengan China. Namun jika hasrat saya menjadi kenyataan dan pemerintah mempunyai keberanian untuk melakukan apa yang betul untuk planet ini dan untuk generasi yang akan datang, pasaran akan terus meningkat dalam beberapa tahun ke hadapan ketika pemerintah berusaha keras untuk berbuat sesuatu tentang perubahan iklim. Jika sekalipun pandangan sinis saya terhadap isu ini adalah tepat, pasaran akan tetap berubah-ubah kerana perubahan iklim sentiasa merosakkan negara dan ekonomi semua.

Di dalam situasi yang tidak menentu ini, peranan emas bagi pelabur rata-rata menjadi lebih menarik – sama ada sebagai pelindung nilai terhadap inflasi, melawan pergerakan mata wang yang merugikan atau menentang pergolakan kewangan dan politik.

Previous Post
Next Post