Pendapatan anda bukan ukuran, yang penting ada perancangan.
Memperkenalkan pelan simpanan peribadi SmartSaver anda.
Direka oleh syarikat yang diiktiraf dunia untuk rakyat Malaysia menabung dalam emas secara bulanan dengan tenang dan yakin.
Siapakah HelloGold?
Direka pada tahun 2015 untuk setiap rakyat Malaysia, HelloGold adalah aplikasi simpanan peribadi mudah alih yang membantu anda menabung emas pada bila-bila masa, di mana jua, bermula dari serendah RM1.
Dengan HelloGold, anda boleh menetapkan matlamat, mengikuti progres dan mengembangkan simpanan anda.
Emas adalah aset tertua dan terbukti menandingi pasaran matawang.
Sebagai pelaburan berisiko rendah, emas adalah penyelesaian kepada mereka yang ingin bermula menabung sekarang untuk pendidikan, kereta atau rumah di masa hadapan.
Impian kami untuk menjadikan emas mudah diakses dan berpatutan buat rakyat Malaysia telah pun menjadi realiti. Kini, giliran anda untuk merealisasikan impian masa depan anda.

Daftar dan dapatkan emas bernilai RM5
Dengan menekan butang di atas, anda bersetuju dengan Polisi Peribadi serta Terma dan Syarat Pendaftaran Promosi, termasuklah untuk menerima e-mel dari HelloGold. Anda boleh mengakses atau membuat perubahan maklumat peribadi dengan menghantarkan e-mel ke hello@hellogold.com
Anugerah & Pengiktirafan HelloGold
Dalam tempoh hanya tiga tahun, teknologi dan perkhidmatan HelloGold telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktiran.
HelloGold menerima anugerah Critic’s Choice Most Innovative Islamic Retail Product di Islamic Retail Banking Award 2018 di Dubai
HelloGold memenangi Prominent in Wealth, Asset & Investment Management of the Year di Malaysia Fintech Awards 2018
HelloGold dipilih menjadi sebahagian daripada Program Supercharger Accelerator Suruhanjaya Sekuriti 2018
HelloGold menerima anugerah Best Islamic Wealth Management Fintech Company di World Islamic Fintech Award (WIFA) 2018 di Bahrain
Memperkenalkan Pelan SmartSaver!

SmartSaver adalah pelan simpanan emas 12 bulan yang membantu anda menabung cara mudah.
Anda hanya perlu membiayai matlamat bulanan SmartSaver anda dan kami akan menguruskan yang selebihnya.
Cara ia berfungsi:
- Pilih matlamat untuk simpanan anda (cth: percutian, pendidikan, lain-lain)
- Tetapkan jumlah simpanan untuk caruman bulanan anda bermula pada RM30/sebulan
- HelloGold akan membelikan emas bagi pihak anda pada harga terendah di setiap hari bekerja
- Lihat perkembangan emas anda pada bila-bila masa di telefon pintar
- Batalkan langganan anda pada bila-bila masa
Cara Ia Berfungsi

Siapa Yang Boleh Menyertai Pelan SmartSaver?
Pelan SmartSaver direka khas untuk setiap rakyat Malaysia yang ingin menabung demi kewangan masa depan yang lebih kukuh.
Pendapatan bulanan bukan ukuran dan ia TERPULANG PADA ANDA untuk memilih berapa banyak yang ingin anda simpan secara bulanan, bermula pada serendah RM30.

Mengapa Anda Patut Menyertai Pelan SmartSaver
- Anda tak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk bermula
- Ia mudah untuk disertai atau dibatalkan pada bila-bila masa. Tiada denda pembatalan dikenakan.
- Simpanan anda adalah dalam bentuk emas fizikal gred pelaburan 99.99%
- Ia juga berlandaskan Syariah
Macam Mana Nak Sertai Pelan SmartSaver?
Mudah sahaja. Hanya klik butang di bawah untuk memuat turun aplikasi HelloGold dan kami akan membantu anda menjalani proses tersebut.


Kelebihan HelloGold

HARGA TERBAIK
Beli emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% pada kadar paling kompetitif di Malaysia. Semak harganya di sini.

SENANG
Beli dan jual emas tidak kira jumlahnya, pada bila-bila masa, dari mana saja atau minta emas anda dihantar secara fizikal terus kepada anda.

MUDAH DIDAPATI
Ikuti harga emas secara langsung dan beli emas dalam talian melalui telefon mudah alih anda.

EMAS FIZIKAL
Emas anda diperuntukkan sepenuhnya. Malah pada RM1, emas yang anda beli akan disimpan secara fizikal sebagai sebahagian daripada jongkong emas di bilik kebal kami di Singapura atau Dubai.

SELAMAT
Emas anda dilindungi sepenuhnya dengan insurans dan diaudit oleh auditor logam berharga terkemuka.

BERLANDASKAN SYARIAH
Disahkan oleh Amanie Advisors dan berlandaskan syariah yang bermaksud simpanan emas anda disokong oleh emas fizikal dan semua proses kami adalah selaras dengan kehendak undang-undang syariah.
Sertai Pelan SmartSaver

Daftar dan dapatkan emas bernilai RM5
Dengan menekan butang di atas, anda bersetuju dengan Polisi Peribadi serta Terma dan Syarat Pendaftaran Promosi, termasuklah untuk menerima e-mel dari HelloGold. Anda boleh mengakses atau membuat perubahan maklumat peribadi dengan menghantarkan e-mel ke hello@hellogold.com