1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Terma Dan Syarat – Kempen Boost x HelloGold RM138,888

Terma dan Syarat Kempen Boost x HelloGold RM138,888

Keseluruhan Peraduan

  1. Hadiah Percuma RM138,888 Boost x HelloGold (“Peraduan”) dianjurkan dan ditaja oleh HelloGold Sdn. Bhd. (Nombor Syarikat 1170189-H) (“HelloGold”). Peraduan ini tertakluk di bawah terma dan syarat berikut, termasuklah sebarang pembetulan tambahan ke atasnya (“Terma & Syarat”).
  2. Kesemua peserta dalam Peraduan akan dianggap telah bersetuju dengan Terma & Syarat ini.

Kelayakan

  1. Peraduan ini dibuka kepada semua pengguna HelloGold sedia ada yang memiliki akaun Boost yang aktif (“Pengguna Layak”).
  2. Pekerja-pekerja HelloGold atau sesiapa yang terlibat secara langsung dengan Peraduan tidak layak menyertai Peraduan ini.

Tempoh Peraduan

  1. Tempoh peraduan bermula dari 18 Februari 2019 hingga 24 Mac 2019 (termasuklah kedua-dua tarikh ini) (“Tempoh Peraduan”). Tempoh Peraduan ini mungkin berubah mengikut budi bicara pihak HelloGold.
  2. Kesemua penyertaan yang diterima sebelum atau selepas Tempoh Peraduan akan dikira tidak layak secara serta-merta.

Atur Cara Peraduan

  1. Untuk melayakkan diri bagi memenangi sebahagian daripada emas bernilai RM138,888 di dalam Peraduan ini, peserta wajib memuat turun aplikasi HelloGold, diluluskan membuka sekurang-kurangnya akaun HelloGold Biasa dan berjaya membuat tambah nilai minimum RM100 tunai dalam satu transaksi ke dalam akaun HelloGold mereka menerusi Boost (“satu Penyertaan”).
  2. Peraduan akan berlangsung selama Lima (5) minggu semasa Tempoh Peraduan di mana setiap minggu kelayakan mewakili satu Penyertaan baru.
  3. Untuk melayakkan diri memenangi hadiah mingguan, satu Penyertaan mestilah dilengkapkan dalam hari Isnin hingga Ahad (“Minggu Kelayakan”).
    Sebagai contoh, penyertaan pada Minggu 1 adalah dari 18 Februari 2019 pada jam 12:00 pagi hingga 24 Februari 2019 pada jam 11:59 malam.
  4. Pemenang-pemenang akan dipilih secara rawak menerusi cabutan elektronik mengikut kebenaran dan budi bicara mutlak pihak HelloGold. Pemenang akan diberitahu menerusi aplikasi HelloGold mereka.

Hadiah-hadiah

  1. Terdapat dua (2) kategori hadiah Peraduan, iaitu seperti yang berikut:
    1. Hadiah Percuma Emas Mingguan

      1. 300 x Hadiah Emas – Emas bernilai RM88.00
    2. Cabutan Bertuah Mingguan

      1. 1 x Hadiah Tempat Pertama – Emas bernilai RM388.00
      2. 2 x Hadiah Tempat Kedua – Emas bernilai RM288.00
      3. 3 x Hadiah Tempat Ketiga – Emas bernilai RM188.00
  2. Setiap Pengguna Layak hanya sah untuk memenangi Satu (1) Hadiah Percuma Emas dan Satu (1) Hadiah Cabutan Bertuah di sepanjang Tempoh Peraduan.
  3. Setiap Pengguna Layak hanya layak untuk memenangi maksimum Satu (1) hadiah dalam Minggu Kelayakan.
  4. Setelah Pengguna Layak memenangi Hadiah Percuma Emas atau Cabutan Bertuah, Pengguna Layak tidak lagi layak untuk menerima hadiah yang sama pada Minggu Kelayakan yang seterusnya.
  5. Hadiah Emas akan dimasukkan ke dalam akaun HelloGold para Pemenang pada setiap hari Rabu dalam Minggu Kelayakan yang seterusnya.
    Sebagai contoh, pemenang pada Minggu 1, 18 Februari 2019 hingga 24 Mac 2019 akan diberikan hadiah pada hari Rabu, 27 Februari 2019.
  6. HelloGold berhak untuk menukar hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama tanpa membuat pemberitahuan awal kepada Pengguna Layak atas budi bicara mutlak pihak HelloGold.
  7. Semua peserta Peraduan secara jelas bersetuju untuk nama, gambar dan butiran mereka didedahkan kepada awam untuk tujuan publisiti yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang juga bersetuju untuk bekerjasama dan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti publisiti yang mungkin akan dianjurkan oleh HelloGold.

Penafian

  1. Para peserta memahami dan bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam Peraduan ini adalah risiko mereka sendiri dan HelloGold tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak sama ada dalam salah laku, kontrak, undang-undang atau sebaliknya untuk apa-apa ganti rugi, atau kos secara langsung, tidak langsung sampingan atau berbangkit berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
  2. HelloGold tidak sama sekali mewakili atau jaminan berkaitan dengan:
    1. perlaksanaan Peraduan yang berterusan, tidak terganggu, atau bebas masalah;
    2. ketepatan maklumat dan pernyataan di halaman Peraduan;
    3. keselamatan dan kebebasan daripada sebarang virus komputer atau bahan merbahaya yang lain.
  3. Para peserta mengakui dan bersetuju dengan setiap yang termaktub dalam undang-undang, HelloGold menafikan kesemua liabiliti untuk sebarang tuntutan terhadap kerosakan, kerugian, kos dan/atau perbelanjaan berbangkit dari pihak peserta dalam Peraduan ini.
  4. HelloGold berhak membuat pembetulan terhadap Terma & Syarat ini tanpa membuat pemberitahuan awal.

Bahasa Lazim

  1. Terma & Syarat ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat sebarang konflik atau maklumat yang tidak konsisten di antara Terma & Syarat Bahasa Inggeris dan Terma & Syarat Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Hak Harta Intelek

  1. Peraduan ini dan kesemua maklumat yang diterbitkan dan berkaitan dengannya (termasuklah teks, grafik, simbol, ikon, perisian dan tanda dagangan) adalah dilindungi di bawah hak cipta dan tanda dagangan dan kekal sebagai hak milik mutlak HelloGold.

Data Peribadi

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi kebenaran untuk data maklumat peribadi mereka digunakan oleh HelloGold untuk sebarang kegunaan berkaitan dengan Peraduan ini.

Force Majeure

  1. HelloGold tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan yang berkaitan dengan Peraduan disebabkan tindakan Ketuhanan, peperangan, rusuhan, mogok, perintah berkurung, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, ribut, kerosakan teknikal atau sistem atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah HelloGold.

Pentadbiran Undang-Undang

  1. Terma & Syarat ini adalah di bawah pentadbiran undang-undang Malaysia.