1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » Apakah Maksud Dollar-Cost Averaging?

Sekiranya anda bukan seseorang yang menganalisis waktu pasaran dan anda sedang mencari strategi pelaburan jangka sederhana/panjang yang praktikal serta rendah risiko, dollar-cost averaging adalah untuk anda! Apakah maksud dollar-cost averaging dan mengapa cara ini adalah pilihan yang bagus untuk anda yang mahu menyimpan aset?

Ringkasan Utama:

    • Dollar-cost averaging adalah kaedah mudah untuk menambah jumlah aset anda dengan membuat pelaburan dalam jumlah yang kecil mengikut tarikh serta jangka masa yang telah dirancang.
    • Tujuan dollar-cost averaging adalah untuk mengurangkan risiko kerugian yang besar akibat turun naik pasaran.
    • Satu faedah utama adalah kurangnya tekanan emosi apabila anda melabur secara pasif berbanding pelaburan yang lebih aktif.

Apakah Maksud Dollar-Cost Averaging?

Dollar-cost averaging adalah strategi pelaburan di mana anda mengasingkan sejumlah wang yang sama secara konsisten, pada setiap minggu/bulan/suku tahun untuk dilaburkan pada aset tertentu.

Anda akan membuat pembayaran untuk pelaburan anda pada hari yang sama setiap bulan, dan wang pelaburan tersebut akan digunakan untuk membeli aset dalam jumlah yang kecil mengikut tarikh serta jangka masa yang telah ditetapkan.

Berbeza dengan pembelian sekaligus atau lump sum, strategi dollar-cost averaging membolehkan wang anda dilaburkan untuk jangka masa yang lebih panjang.

Strategi ini biasanya digunakan untuk aset yang harganya kerap naik turun seperti saham, dana indeks, dana bersama, ETF dan juga pelaburan logam berharga.

Apakah kelebihannya?

Dollar-cost averaging secara amnya juga mengurangkan tekanan emosi yang mungkin timbul apabila anda melabur. Dengan memanjang pelaburan anda untuk tempoh tertentu, strategi ini akan mengurangkan kesan daripada turun naik pasaran serta risiko kerugian apabila wang anda dilaburkan secara sekali gus.

Strategi ini sangat mudah diuruskan kerana menjimatkan masa, tidak perlu memantau situasi pasaran serta menganalisis atau menentukan masa yang terbaik untuk menyimpan.

Ia juga membolehkan anda menambah aset secara konsisten walaupun ketika pasaran jatuh dan memberi kesan positif pada jangka masa panjang.

Tambahan lagi, dollar-cost averaging secara amnya menggalakkan tabiat baik menyimpan. Tidak kira sama ada pasaran naik atau turun, anda akan tetap konsisten untuk memasukkan sejumlah wang untuk disimpan demi pelaburan anda. Seperti yang dikatakan oleh Warren Buffet, “melaburlah untuk jangka masa panjang.”

Bagaimana cara pengiraan?

Katakan anda baru sahaja mendapat gaji 💵 dan anda ingin menyimpan sebanyak RM250 dalam bentuk emas, pada setiap bulan. Anda boleh:

    1. Simpan sekali gus atau lump sum dan lupakan tentang simpanan itu, atau
    2. Pilih strategi dollar-cost averaging dengan membuat pembayaran secara konsisten setiap bulan dan biar kami bantu anda beli emas dengan harga terendah pada setiap hari bekerja. Pernah dengar pelan SmartSaver kami?

Berikut adalah perbandingan pelaburan secara sekali gus atau lump sum dan formula dollar-cost averaging:

lump sum vs dca table

Jumlah keseluruhan simpanan adalah RM250, tetapi perbezaan dapat dilihat pada jumlah gram emas yang dibeli. Dalam situasi A (simpanan lump sum), 1.03 gram emas dibeli manakala untuk situasi B (dollar-cost averaging) 1.05 gram emas telah dibeli, iaitu lebih 0.2 gram emas! Tambahan lagi, dengan dollar-cost averaging harga purata emas untuk setiap gram juga dilihat lebih murah.

Dollar-cost Averaging vs. Pelaburan Lump Sum

Dollar-cost AveragingPelaburan Lump Sum 
  • Mudah diuruskan
  • Perlukan perhatian
  • Perlu kurang komitmen masa
  • Perlu lebih komitmen masa
  • Kurang terkesan apabila pasaran turun atau naik
  • Lebih terkesan apabila pasaran turun atau naik
  • Risiko yang lebih rendah
  • Risiko yang lebih tinggi
  • Bergantung kepada jadual simpanan
  • Bergantung kepada harga dan masa pasaran
  • Sesuai untuk simpanan
  • Sesuai untuk pelaburan
  • Pelaburan pasif
  • Pelaburan aktif
  • Strategi simpanan jangka masa sederhana/panjang
  • Strategi pelaburan jangka masa pendek

Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan jika anda mudah dipengaruhi emosi ketika menguruskan kewangan, dollar-cost averaging mungkin merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Tetapi jika anda sukakan thrill ketika membeli ketika pasaran rendah dan menjual ketika pasaran tinggi, pelaburan sekali gus atau lump sum mungkin lebih sesuai untuk anda.

Adakah HelloGold membolehkan saya menyimpan secara Dollar/RM-Cost Averaging?

Ya, sudah semestinya! Jika anda sedang mencari cara yang mudah untuk menyimpan emas, pelan SmartSaver kami sangat sesuai untuk anda. Bukan sahaja anda dapat mempelbagaikan portfolio anda melalui platform kami, bahkan anda juga dapat menetapkan jumlah simpanan yang sesuai dengan gaya hidup dan tahap kemampuan anda sekarang.

SmartSaver direka dengan pelan simpanan automatik selama 12 bulan untuk membantu anda membeli emas dengan harga terendah pada setiap hari bekerja. Ingin tahu bagaimana formula ini berfungsi?

Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih matlamat anda, tetapkan jumlah simpanan bulanan anda dan buat pembayaran setiap bulan. Anda juga boleh tetapkan pembayaran untuk debit langsung atau Direct Debit dan gandakan simpanan anda untuk masa hadapan!

Lihat cara mula menyimpan dengan hanya beberapa langkah!

Previous Post
Next Post