1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » 5 Sebab Untuk Menyimpan Emas Berbanding Platinum & Perak

Pernahkah anda terfikir mengapa anda perlu menyimpan emas berbanding logam berharga yang lain?

Berikut adalah 5 sebab mengapa emas mempunyai nilai yang tinggi.

1. Emas adalah logam yang sukar untuk didapati

Sebab paling utama mengapa emas sangat berharga adalah kerana logam ini sukar untuk dijumpai dan agak mahal untuk dihasilkan berbanding logam yang lain. Oleh itu, harga asas emas agak tinggi.

Namun begitu, nilai emas yang tinggi bukanlah hanya kerana logam ini sukar untuk didapati. Emas mempunyai banyak kegunaan dan sifat fizikalnya yang ideal untuk dijadikan sebagai standard mata wang.

2. Emas mempunyai sifat fizikal yang sangat baik

Sifat fizikal semula jadi emas adalah penting kerana 2 faktor:

  • Pertama, logam ini mampu menyimpan nilai: Emas mampu menyimpan nilai standard sejak dari dahulu kerana logam ini hampir tidak boleh dihancurkan dan tidak berkarat mahupun menghakis.

Tetapi bagaimana pula dengan platinum atau perak?

Untuk sesuatu logam menjadi penyimpan nilai premium, ia perlu memenuhi 2 kualiti: Pertama sekali, logam tersebut tidak boleh bertoksik, mudah terhakis dan radioaktif. Kedua, logam tersebut haruslah sukar untuk didapati tetapi tidak terlalu sukar sehingga mustahil untuk dijumpai.

Oleh sebab itu, logam lain tidak bernilai sepertimana platinum, perak dan emas untuk digunakan sebagai mata wang.

Perak, tidak seperti emas, terhakis apabila terdedah kepada udara. Platinum pula lebih sukar untuk didapati berbanding emas tetapi logam ini mempunyai takat lebur yang tinggi, menjadikannya lebih sukar untuk dibentuk kepada bentuk yang seragam terutamanya ketika tamadun dahulu apabila teknologi tidak semaju sekarang.

Kesimpulannya, emas menjadi pilihan semulajadi sejak sekian lama untuk menyimpan nilai dalam bentuk mata wang.

  • Kedua, logam ini mempunyai banyak kegunaan dalam pelbagai industri: Emas boleh dikatakan logam yang paling berguna dan mempunyai kepelbagaian. Emas merupakan pengalir elektrik yang baik, tidak luntur, boleh ditarik menjadi dawai, aloi dengan logam lain, hampir tidak boleh dihancurkan, dan mudah dibentuk dengan perincian yang tinggi. Industri lain juga, selain pembuatan barang kemas menghargai emas di atas kepelbagaiannya. Elektronik, komputer dan pergigian semuanya menggunakan emas kerana sifat fizikalnya yang unik.

3. Ketulenan emas mudah diuji

Jika dibandingkan dengan emas, perak dan platinum lebih mudah untuk dikelirukan dengan logam lain. Ini memudahkan untuk sebarang penipuan berlaku. Emas tulen pula mudah diuji dengan ujian asid atau batu ujian, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

 

Anda boleh menentukan ketulenan emas di dalam sesuatu objek dengan mudah melalui cara menggosok pada batu ujian khas dan membandingkan warna serta kualiti calarnya. Warna emas yang berbeza menunjukkan kualiti karat setiap emas yang diuji.

 

4. Bank & Kerajaan Pusat menyimpan emas

Sebab di atas adalah faktor utama mengapa bank dan bank pusat menyimpan emas untuk dana kedaulatan negara. Kerajaan dan bank biasanya memegang emas dan bukan platinum atau perak untuk melindungi kekayaan sesebuah negara.

Walau bagaimanapun, penyimpan nilai praktikal dan sukar didapati bukan satu-satunya sebab mengapa bank dan kerajaan mempercayai nilai emas…

5. Nilai pasaran emas lebih tinggi daripada pasaran perak dan platinum

Platinum

Jika anda melihat negara di seluruh dunia, platinum mempunyai sejarah kewangan yang sangat singkat. Anda akan mendapati bahawa ETF platinum terbesar di dunia hampir tidak berjumlah USD 100 juta dalam aset di bawah pengurusan. Sebaliknya, ETF emas terbesar di dunia berjumlah kira-kira usd 35B manakala jumlah ETF emas di dunia dianggarkan USD 100B. Jelas bahawa emas mempunyai pasaran yang lebih bernilai daripada platinum.

Perak

Anda mungkin berfikir bahawa perak akan mempunyai pasaran yang lebih besar, tetapi sebaliknya. Jumlah bekalan perak dianggarkan 1 bilion oz. berbanding dengan bekalan tahunan emas yang berjumlah kira-kira 120 juta oz. tetapi pasaran emas adalah 8 kali lebih besar daripada perak kerana perbezaan harga yang besar antara dua logam berharga. Harga perak jauh lebih murah daripada emas. Akibatnya, pasaran perak lebih tidak menentu, bermakna perak akan meningkat lebih daripada emas pada hari-hari yang baik, dan jatuh lebih banyak daripada emas pada hari-hari turun. Ketika kestabilan harga dalam pasaran, emas mempunyai rekod yang belum pernah berlaku sebelum ini berbanding dengan turun naik perak yang lebih tinggi.

Perak sering dirujuk sebagai ’emas orang miskin’ kerana logam ini jauh lebih murah berbanding emas. Semua ini kini telah berubah dengan kehadiran progresif HelloGold yang direka untuk setiap golongan rakyat Malaysia.

Miliki emas serendah RM1

Kini ada tidak perlu lagi memerlukan bajet yang tinggi untuk mula menyimpan emas. Dari serendah RM1, anda juga boleh memiliki emas sebagai pelaburan jangka panjang untuk masa hadapan anda.

 

Kesimpulan

Selain emas, tiada logam berharga lain yang dapat buktikan mempunyai sejarah yang lebih kaya dan mendalam sebagai produk kewangan.

Kepercayaan bank-bank amanah dan kerajaan terhadap emas, kestabilan dalam pasaran, sifat fizikalnya yang unik dan mampu dimiliki menjadi faktor mengapa emas berdiri sebagai simpanan nilai premium, boleh diakses, jangka panjang dan berkemungkinan akan kekal sedemikian untuk tahun-tahun akan datang.

Muat turun HelloGold sekarang dan mula menyimpan emas dari serendah RM1!

Ada lebih banyak soalan tentang mengapa anda perlu menyimpan emas?

Hantarkan e-mel kepada kami dan tanya kami apa sahaja di [email protected]!

Previous Post
Next Post