1 300 130 888 [email protected]

Halaman Utama » 4 Peraturan Kewangan Yang Ramai Tidak Tahu

Buat carian di Google tentang ‘rules of money or personal finance’ dan anda akan dapat melihat senarai jawapan seperti ‘build an emergency fund’, ‘pay off high interest debt’ atau ‘automate your savings’. Jawapan sebegini memang lazim kita dapat tetapi kami percaya ada beberapa topik kewangan yang jarang dibincangkan yang penting untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan.

4 Peraturan Kewangan Yang Ramai Tidak Tahu

  1. Kesedaran tentang ilmu berkaitan kewangan

Tidak ramai yang membincangkan hal berkenaan topik kewangan peribadi ini. Amat mudah untuk kita menyalahkan pasaran apabila berdepan dengan kerugian atau menuding jari kepada pengaruh dari rakan, apabila perkara yang paling utama adalah kesedaran kewangan kendiri.

Untuk seseorang mempunyai kesedaran tentang kepentingan kawalan pembelanjaan, selalunya mengambil masa yang lama tetapi ada cara singkat untuk mewujudkan kesedaran awal. Sesetengah pelabur menyimpan jurnal kewangan/perdagangan sebagai rekod pelaburan mereka. Cara ini bukan sahaja membantu mereka melihat corak pilihan pelaburan mereka malah memahami sebab mereka membuat pilihan tersebut.

Jurnal perdagangan/pelaburan peribadi adalah cara tepat untuk merekod:

    • matlamat pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang
    • keuntungan dan kerugian bagi setiap pelaburan/perdagangan
    • jenis risiko bagi setiap pelaburan
    • titik masuk dan keluar bagi setiap perdagangan
    • prestasi setiap saham, bon dan dana bersama yang anda pegang
    • petua dan tips daripada pakar
    • nota tentang arah aliran industri dan prestasi pasaran

Fahami diri anda apabila anda menyimpan rekod:

    • mengapa anda berdagang,
    • bagaimana anda mendapat pulangan, dan
    • apa yang menyebabkan anda gagal

Hanya dengan memahami situasi diri masing-masing, boleh mengelakkan anda daripada terpengaruh dengan emosi naik turun sebelum anda membuat sebarang keputusan kewangan.

Jika anda ingin memulakan jurnal dagangan sendiri, Nasdaq, The Balance and Rayner Teo mempunyai panduan yang patut anda rujuk. Sama ada helaian Google, halaman Evernote atau sebarang aplikasi, pilih instrumen yang paling sesuai untuk anda mula merekod. Ini akan membantu anda kekal konsisten!

  1. Abaikan pengaruh sosial dan perbandingan

Kita semua bermula dari latar belakang yang berbeza – ada yang dilahirkan kaya, ada yang sederhana dan ada yang kurang bernasib baik. Sebagai manusia, lumrah hidup untuk sentiasa membuat perbandingan tetapi jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan orang lain.

Perbandingan akan memotivasikan anda atau hanya akan menyebabkan anda lebih negatif. Belajar untuk kenali perbezaannya!

Fokuskan satu hujung minggu untuk anda membuat perancangan kehidupan yang anda inginkan. Senaraikan matlamat anda dan kenal pasti sebarang gangguan dan individu yang menghalang perancangan anda.

    1. Sunting, nyah aktif atau padam media sosial anda

Media sosial tidak semuanya buruk. Terdapat beberapa akaun seperti HerDuit and Dividend Magic yang mempunyai kandungan yang berilmu.

Perhatikan tabiat media sosial anda dan tentukan sama ada untuk:

      • Sunting: Audit media sosial anda dan sunting semula feed untuk sentiasa mendapatkan kandungan yang berilmu.
      • Nyah aktif: Tenangkan fikiran dan berehat dari bunyi-bunyi bising. Ia boleh membantu anda fokus kepada perkara yang penting. Berikut adalah cara untuk disable akaun sosial anda di Instagram, Facebook and Twitter.
      • Padam: Berhenti dari sosial media jika anda lemah kawalan diri.
    1. Kurangkan atau kecilkan bulatan sosial anda

Peka terhadap perasaan anda selepas berjumpa rakan dan keluarga. Interaksi ini boleh memberi kesan besar kepada kesejahteraan dan fokus kita. Selepas berjumpa, perhatikan sama ada mereka termasuk dalam kategori berikut:

      • Memenatkan: Individu yang negatif , kritikal, mementingkan diri sendiri atau toksik memerlukan lebih banyak tenaga, ini bermakna kurang tenaga untuk anda fokus kepada perkara yang penting.
      • Pencetus: Kadang kala, individu itu tidak mengganggu anda tetapi anda mungkin berasa tidak senang selepas berjumpa dengan mereka. Mungkin topik perbualan pelaburan hartanah membuatkan anda rasa tidak selesa. Hadkan interaksi anda dengan mereka buat sementara waktu jika perlu.
      • Bertenaga: Individu ini membuatkan anda lebih positif, dan terinspirasi. Tenaga dan sokongan mereka mendorong anda untuk mencapai matlamat anda. Hargai hubungan ini.

Kenalpasti perkara yang menghalang fokus anda!

  1. Buat sistem pembelajaran kewangan

Sebagai orang dewasa, anda adalah pelajar dan guru pada masa yang sama, oleh itu anda perlukan sistem pembelajaran kendiri. Wujudkan sistem yang membantu anda menyaring, menyerap dan menyimpan maklumat penting dengan mudah.

Sama ada anda mengikuti SQ3R Study Method, Feynman Technique atau melalui catatan nota, cuba ikuti beberapa teknik pembelajaran yang ada selesa. Bagaimana untuk bermula? Berikut adalah beberapa teknik berbeza untuk anda cuba:

Jika anda mencari beberapa platform untuk mempelajari kewangan peribadi, kami ada beberapa cadangan untuk anda:

Anda harus ingat, setiap pakar kewangan yang anda pernah ketahui bermula tanpa sebarang ilmu kewangan. Pembelajaran adalah proses beransur-ansur dan memerlukan usaha kerana konsisten adalah kunci utama. Kumpul maklumat yang anda perlukan dan wujudkan sistem yang boleh membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

  1. Tukar pandangan dan tabiat kewangan yang tidak berguna untuk anda

Pernahkah anda dengar pepatah, ‘Ilmu adalah kuasa’ atau ‘Knowledge is power’? Kekuatan sebenar terletak pada keupayaan anda untuk bertindak berdasarkan pengetahuan yang anda miliki. Inilah standard emas sebenar!

Walaupun anda kini sedar, anda boleh kembali kepada tabiat kewangan yang lama. Oleh itu peraturan kewangan peribadi yang paling sukar diungkapkan ialah…kesungguhan dan kemahuan untuk mengubah sebarang pemikiran atau tabiat wang yang tidak berguna kepada diri sendiri.

Sama ada anda sudah di didik sejak kecil atau disebabkan kelangsungan hidup, tabiat dan minda anda boleh menghalang anda daripada mencapai matlamat kewangan anda.

  • Kenal pasti jika anda mempunyai pemikiran yang tepat

Gelas separuh kosong atau separuh penuh? Pemikiran anda sebenarnya melambangkan diri sebenar anda. Lihat senarai ini dan mulakan dari perubahan kecil untuk mengubah minda anda.

Pemikiran Serba Kekurangan vs Pemikiran Sentiasa Mencukupi

Rujukan dari: https://pin.it/7wnv4iN

    • Hargai apa yang anda miliki

Anda boleh tulis senarai apa yang anda miliki atau sebut sahaja apa yang dimiliki setiap hari, yang penting luangkan masa untuk hargai apa yang anda ada. Anda pasti tidak sangka banyak yang anda terlepas pandang kerana ia hanya ‘kecil’.

    • Fahami sikap kewangan yang baik

Dengan memahami emosi anda, anda dapat mengetahui apa yang memotivasikan diri tetapi dengan memahami sikap baik anda akan membantu anda lebih yakin!

    • Buat suatu kelainan

Definisi ‘gila’ adalah melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza. Apabila anda sedar pilihan anda tidak lagi sesuai, cuba sesuatu yang berbeza! Daripada gelandangan hingga menjadi jutawan, Garrain Jones mengubah hidupnya dengan hanya melakukan perkara yang lain dari yang lain.

Memang sesuatu yang sukar tetapi jika dilakukan dengan betul, ia akan menjadi suatu transformasi.

Conclusion

Dengan mengikuti peraturan kewangan yang selalu kita dengar, kita mungkin boleh membuat keputusan kewangan peribadi dengan betul tetapi harus diingat, kehidupan sentiasa penuh dengan cabaran, pandemik mungkin akan berulang dan jangka waktu mungkin berubah.

Untuk membantu anda memulakan perjalanan kewangan anda, kami berkongsi 4 Important Steps To Take Before You Start Saving.

Ingat pelaburan terbaik bermula dengan melabur dalam diri anda terlebih dahulu!

Previous Post
Next Post