Sebagai sebuah platform emas dalam talian pertama di dunia yang diiktiraf patuh Syariah, HelloGold komited dalam memberikan komuniti Islam sebuah perkhidmatan yang adil dan terbuka untuk membeli dan menjual emas.
Apakah yang membuatkan HelloGold diiktiraf patuh Syariah?
HelloGold menepati piawaian asas kewangan Islam dalam 2 prinsip berikut:
- Proses jual beli yang jelas dan tanpa tangguhan
Emas adalah satu daripada enam barangan Ribawi, iaitu barangan ruji yang dijual mengikut berat dan ukuran. Apabila membuat pertukaran barang Ribawi, nilainya mestilah sama dan dibuat secara serta-merta.
HelloGold memastikan setiap harga jual dan beli emas, termasuklah caj yang dikenakan jelas diberitahu terlebih dahulu sebelum transaksi dimulakan. Transaksi dilakukan apabila harga dan berat emas dipersetujui dan emas tersebut menjadi hak milik pembeli sepenuhnya secara serta-merta apabila bayaran dibuat kepada HelloGold.
Harga emas semasa dipaparkan.
Sebelum transaksi dilakukan, harga semasa, berat emas dan caj diberitahu dengan jelas.
Persetujuan dimeterai sebelum transaksi diteruskan.
Setelah transaksi berjaya, emas menjadi hak milik pembeli serta-merta.
Setelah membeli emas, pembeli boleh memilih sama ada untuk:
- Terus menyimpannya di bilik kebal yang digunakan HelloGold ATAU
- Menjualnya semula kepada HelloGold menerusi aplikasi ATAU
- Menebusnya untuk penghantaran fizikal ke rumah
2. Tiada unsur Gharar dalam transaksi dengan HelloGold
Gharar adalah ketidakpastian, bermaksud sesuatu yang disembunyikan oleh sebelah pihak yang mungkin menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
Transaksi berunsur Gharar adalah dicegah sama sekali dalam prinsip kewangan Islam.
HelloGold menghindari unsur Gharar ini dengan memastikan kewujudan emas fizikal dalam transaksi bersama pelanggan.
Emas yang dibeli menerusi aplikasi HelloGold adalah emas fizikal 99.99% (ketulenan emas tertinggi), diinsuranskan dan disimpan dengan kawalan ketat dan profesional di sebuah bilik kebal di Singapura serta diaudit pada setiap enam bulan oleh Bureau Veritas, salah satu juruaudit logam berharga terkemuka di dunia.
Anda boleh melihat senarai jongkong emas semasa yang dipegang oleh HelloGold di sini.
Senarai pelanggan yang membeli dan menyimpan emas bersama HelloGold dikemaskini setiap hari pula boleh dilihat di sini.
Kepentingan menghindari unsur Gharar juga berkait rapat dengan kebarangkalian berlakunya situasi yang tidak diingini, seperti sekiranya syarikat HelloGold ditutup. Jika ini berlaku, kesemua emas milik pelanggan akan dipulangkan semula dalam bentuk tunai mengikut harga pasaran emas ketika itu.
Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan akaun pelaburan lain yang menggunakan transaksi emas kertas, di mana penjual tidak memiliki jumlah sebenar emas yang dijual ketika transaksi dibuat bersama pelanggan. Transaksi adalah hanya berdasarkan rekod pembelian yang dicatat di dalam buku simpanan emas.
Dan apakah risiko membuat simpanan emas kertas?
Ia bukan sahaja tidak mematuhi Syariah malah anda mungkin berdepan situasi yang digelar sebagai bank run.
Bank run merupakan situasi di mana kesemua orang yang mendepositkan wang mereka di bank tersebut cuba untuk mengeluarkan wang beramai-ramai sehingga bank tersebut tidak dapat menampung permintaan mereka lalu mengakibatkan bank tersebut ditutup.
Antara kes-kes bank run yang dilaporkan di seluruh dunia:
Bank of East Asia di Hong Kong
Nothern Rock Bank di London
The Bear Stearns, bank pelaburan di New York
Apabila berlakunya situasi di atas kepada mana-mana syarikat penjual emas, pembeli mungkin perlu menunggu untuk tempoh masa yang lama atau berkemungkinan tidak langsung mendapat ganti rugi kerana syarikat tersebut tidak memiliki emas yang cukup untuk dipulangkan semula kepada pelanggan.
HelloGold mengutamakan ketelusan dalam setiap transaksi kami bersama pelanggan. Kami percaya, setiap pelanggan berhak mendapat perkhidmatan yang beretika dan adil, terutamanya apabila melibatkan urus niaga berkaitan emas.
Ingin lebih maklumat tentang perkembangan emas, promosi, webinar dan lain-lain? Isikan e-mel anda di bawah untuk mendapatkannya!