1 300 130 888 [email protected]

Home » Terms And Conditions – Dari Hati HelloGold

Terma dan Syarat Dari Hati HelloGold

Keseluruhan Promosi

  1. Promosi Dari Hati HelloGold (“Promosi”) dianjurkan dan ditaja oleh HelloGold Sdn. Bhd. (Nombor Syarikat 1170189-H) (‘’HelloGold’’). Promosi ini tertakluk di bawah terma dan syarat berikut termasuk sebarang pembetulan tambahan ke atasnya (“Terma & Syarat”).
  2. Kesemua peserta dalam Promosi dianggap telah bersetuju dengan Terma & Syarat ini.

Tempoh Promosi

  1. Tempoh Promosi bermula dari 2 Mei 2019 pada 12.00 tengah malam hingga 31 Mei 2019 pada 11.59 malam (“Tempoh Promosi”). Tempoh Peraduan ini mungkin berubah tanpa pemberitahuan awal mengikut budi bicara pihak HelloGold.
  2. Kesemua penyertaan yang diterima sebelum atau selepas Tempoh Peraduan akan dikira tidak layak secara serta-merta.

Kelayakan

  1. Promosi ini dibuka kepada semua pengguna akaun HelloGold sedia ada yang memiliki akaun HelloGold Biasa dan pengguna akaun PRO (‘’Pelanggan HelloGold’’).
  2. Pelanggan HelloGold yang layak akan secara otomatik menyertai promosi ini dan digelar sebagai Perujuk (“Perujuk”). Perujuk boleh berkongsi kod rujukan dengan seberapa ramai orang (‘’Pengguna Yang Dirujuk”) dan tiada had jumlah emas yang boleh diterima oleh Perujuk apabila Pengguna Yang Dirujuk membuat pembelian RM50 minimum atau lebih dalam satu transaksi.
  3. Promosi ini adalah sah apabila:
    1. Pengguna Yang Dirujuk berdaftar sekurang-kurangnya sebagai pengguna akaun HelloGold biasa;
    2. menggunakan kod rujukan yang diterima dan;
    3. membuat pembelian emas sekurang-kurangnya bernilai RM50 atau lebih, dalam satu transaksi semasa Tempoh Promosi (“Rujukan Yang Berjaya”)
  4. Promosi tidak sah untuk:
    1. Pengguna Yang Dirujuk yang mendaftar dengan akaun HelloGold sebelum Tempoh Promosi
    2. Pengguna Yang Dirujuk yang membuat pembelian emas bernilai sekurang-kurangnya RM50 atau lebih selepas Tempoh Promosi tamat
  5. Perujuk Yang Dirujuk masih layak untuk menerima emas percuma bernilai RM5 berdasarkan Terma dan Syarat Promosi Rujukan.
  6. Setiap Pengguna Yang Dirujuk hanya boleh menggunakan kod rujukan sekali sahaja sepanjang hayat sebagai pelanggan HelloGold. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, apabila Pengguna Yang Dirujuk telah menuntut ganjaran emas menggunakan kod berlainan sebelum Promosi ini, maka Pengguna Yang Dirujuk adalah tidak layak untuk menggunakan kod berlainan untuk menuntut ganjaran emas yang lain.
  7. Pekerja-pekerja HelloGold atau sesiapa yang terlibat secara langsung tidak layak menyertai Promosi ini.

Atur Cara Peraduan

  1. Kesemua Perujuk adalah layak untuk berkongsi kod rujukan dan boleh berkongsi seberapa kerap mungkin.
  2. Kod rujukan tersebut tidak boleh digunakan berkali-kali oleh Pengguna Yang Dirujuk yang sama dan hanya boleh menggunakan satu kod rujukan ini sekali sahaja.
  3. Faedah Promosi:
    • Perujuk:
      1. Akan menerima ganjaran emas bernilai RM5 apabila Pengguna Yang Dirujuk menggunakan kod rujukan Perujuk dan membuat pembelian emas sekurang-kurangnya bernilai RM50 di dalam satu transaksi semasa Tempoh Promosi; dan
      2. adalah layak untuk menyertai pemberian Hadiah Utama
    • Pengguna yang dirujuk: Akan menerima rebat emas bernilai RM5 apabila membuat pembelian emas sekurang-kurangnya bernilai RM50 dalam satu transaksi dengan menggunakan kod rujukan Perujuk yang diterima semasa Tempoh Promosi.
  4. Perujuk yang mempunyai jumlah rujukan berjaya yang terbanyak sepanjang Tempoh Promosi ini akan menjadi pemenang bagi Hadiah Utama.
  5. HelloGold berhak untuk menarik balik dan menukar kempen Promosi mengikut budi bicara.
  6. Kesemua emas yang diperoleh oleh Perujuk boleh digunakan untuk pembelian emas secara biasa.
  7. Sekiranya Pengguna Yang Dirujuk membuat pembelian emas dua kali ganda daripada jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan rebat, maka rebat emas bernilai RM5 tersebut kekal sama berdasarkan faedah Promosi Rujukan pada masa tersebut.
  8. Kesemua emas yang diperoleh menggunakan kod rujukan boleh dikeluarkan atau dituntut berdasarkan Terma dan Syarat ditetapkan oleh HelloGold pada masa tersebut.

Hadiah-Hadiah

  1. Hadiah Promosi merupakan pakej percutian bernilai sehingga RM5,000.00 untuk 3 Hari 2 Malam untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak (bawah 18 tahun) termasuk tempat penginapan, sarapan untuk 2 hari, makan tengahari untuk 1 hari dan makan malam untuk 2 hari serta 4 tiket ke taman tema air. Perbelanjaan tambahan adalah tidak termasuk. (“Hadiah Utama”)
  2. Pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2019 dan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon serta emel.
  3. Pemenang boleh menuntut Hadiah Utama dari 1 Julai 2019 sehingga 22 Disember 2019 (“Tempoh tuntutan”) dan menuntut Hadiah adalah melalui emel ataupun datang sendiri ke pejabat HelloGold yang terletak di Malaysia.
  4. Untuk menuntut, permohonan harus dibuat sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal sebelum tarikh perjalanan dan tertakluk pada ketersediaan bilik yang tidak dijamin oleh HelloGold.
  5. Hadiah tersebut tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang ringgit serta tidak boleh dituntut selepas tamat Tempoh Tuntutan.
  6. HelloGold berhak untuk menukar hadiah secara keseluruhan atau sebahagian darinya kepada Hadiah lain yang bernilai sama tanpa notis kepada Pemenang.
  7. Kesemua peserta Promosi secara jelas telah bersetuju untuk memberi kebenaran terhadap nama, gambar dan butiran mereka untuk tujuan publisiti berkaitan dengan Promosi. Pemenang bersetuju untuk bekerjasama dan menyertai sebarang aktiviti publisiti yang mungkin akan dianjurkan oleh HelloGold.

Penafian

  1. Para peserta memahami dan bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam Promosi ini adalah risiko mereka sendiri dan HelloGold tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak sama ada dalam salah laku, kontrak, undang-undang atau sebaliknya untuk apa-apa ganti rugi, atau kos secara langsung, tidak langsung sampingan atau berbangkit berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Promosi ini.
  2. HelloGold tidak sama sekali mewakili atau memberi jaminan berkaitan:
    1. pelaksanaan Promosi yang berterusan, tidak terganggu atau bebas masalah;
    2. ketepatan maklumat dan pernyataan di muka halaman Promosi, halaman Facebook ataupun iklan bersama rakan kongsi luar yang diluluskan;
    3. keselamatan dan kebebasan daripada sebarang virus komputer atau bahan merbahaya yang lain.
  3. Para peserta mengakui dan bersetuju dengan setiap yang termaktub dalam undang-undang, HelloGold menafikan kesemua liabiliti untuk sebarang tuntutan terhadap kerosakan, kerugian, kos dan/atau perbelanjaan berbangkit dari pihak peserta dalam Promosi ini.
  4. HelloGold berhak untuk membuat pembetulan terhadap Terma & Syarat ini tanpa membuat pemberitahuan awal.

Hak Harta Intelek

  1. Promosi ini dan kesemua maklumat yang diterbitkan dan berkaitan dengannya (termasuklah teks, grafik, simbol, ikon, perisian dan tanda dagangan) adalah dilindungi di bawah hak cipta dan tanda dagangan dan kekal sebagai hak milik mutlak HelloGold.

Data Peribadi

  1. HelloGold menyimpan maklumat peribadi bagi menyediakan perkhidmatan atau berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan dengan cara yang bersesuaian dalam simpanan data oleh HelloGold dan digunakan untuk memenuhi kehendak peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi, peserta dianggap memberi kebenaran kepada HelloGold dan/atau agen yang diberi kuasa untuk menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan pemasaran dan promosi untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan. Sekiranya peserta memaklumkan kepada HelloGold melalui Pusat Khidmat Pelanggan [email protected] bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan selepas Promosi ini, HelloGold akan menghormati permohonan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi kepada pihak-pihak yang lain untuk kegunaan mereka.

Force Majeure

  1. HelloGold tidak bertanggjungjawab ke atas sebarang kegagalan yang berkaitan dengan Peraduan disebabkan tindakan Ketuhanan, peperangan, rusuhan, mogok, perintah berkurung, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, ribut, kerosakan teknikal atau sistem atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah HelloGold.

Pentadbiran Undang-Undang

  1. Terma & Syarat ini adalah di bawah pentadbiran undang-undang Malaysia.