1 300 130 888 hello@hellogold.com

Home » Kewangan Buat Anda Stres? Ambil 6 Langkah Awal Ini Untuk Uruskannya

Kewangan yang stabil tidak dapat dibina semalaman. Malah, ia mungkin memerlukan komitmen jangka panjang untuk membuahkan hasil. Tetapi, setiap perubahan yang diambil walaupun kecil juga boleh memberikan impak besar.

Anda & keluarga layak memiliki masa depan yang terjamin. Mulakannya dengan 6 langkah penting di bawah:

  1. Dapatkan perlindungan hayat
    Jika anda belum memiliki insurans kesihatan, dapatkannya sekarang. Sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan akan menelan belanja yang sangat besar. Apabila anda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, risiko untuk berhutang juga berkurang. Lindungi diri anda dan juga keluarga.
  2. Labur untuk perkembangan diri sendiri
    Kewangan tidak dapat dibina tanpa sumber pendapatan. Dan kebiasaannya, peluang untuk dibayar gaji lebih tinggi bergantung pada tahap pendidikan yang anda miliki. Jadi, lengkapkan diri anda dengan ilmu dan kemahiran hari ini kerana ia mungkin menjadi penentu status kewangan masa depan anda.
  3. Guna kad kredit bila perlu & mampu
    Nak berbelanja tetapi tidak ada tunai? Kad kredit bukan jawapannya. Walaupun rekod transaksi atau pinjaman jangka pendek boleh membantu membina kredit peribadi untuk pembelian berskala besar; rumah / kereta, tetapi faedah kad kredit boleh meningkat secara mendadak tanpa anda sedar. Jadi guna kad kredit bila perlu, dan paling penting, bila anda mampu.
  4. Tetapkan bajet dan disiplin
    Memang susah nak ikut bajet kalau ia tidak realistik. Kenal pasti gaji bersih anda setiap bulan, kumpulkan semua perbelanjaan seperti bil-bil rumah, makanan, pakaian, pengangkutan dan hiburan. Berapa banyak yang tinggal selepas tolak semua? Kalau terlalu sedikit, bolehlah potong mana yang perlu.
  5. Berjimat-cermat
    Pilih untuk bersederhana dan ikut kemampuan sendiri. Banyakkan membaca cara-cara berbelanja dengan bijak dan jadikan tabiat menyimpan lebih penting dari berbelanja. Beli apa yang perlu, dan pilih produk atau jenama yang menawarkan diskaun atau harga lebih rendah.
  6. Rancang persaraan anda hari ini
    Rasa macam lambat lagi nak bersara? Ya, mungkin. Tetapi sekarang bukanlah ‘terlalu awal’ untuk anda merancang simpanan jangka panjang. Lebih cepat anda membiasakan budaya menyimpan setiap bulan, lebih cepat anda capai tahap kewangan stabil yang diinginkan.

Di HelloGold, kami tahu langkah pertama yang perlu diambil untuk mengukuhkan kewangan masa depan bermula dengan ANDA dan kemampuan anda untuk membina simpanan. Jika anda telah bersedia untuk masa depan yang lebih baik, gunakan aplikasi HelloGold dan jadikan emas sebagai pelindung kewangan anda. Sudahkah anda bersedia?

Previous Post
Next Post